Saturday, August 23, 2014

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, in almost very last posting. Dream for it before. But with the inconfidence inside.
One month pass My heart not here. May Allah ease me. And may Allah soften my heart. We're just a slave. HE is the true GOD! We're doing our best. But HE the one who will decide!

Friday, March 1, 2013

mngejar impian!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Kesimpulannya, Kemanisam akan dirasa selepas bersusah payah. Selepas kesukaran akan ade kesenangan. Sesungguhnya, selepas kesukaran akan ada kesenangan. Ini janji Allah. Jagalah diri untuk terus berada di jalan Allah. Untuk mencapai janjinya. Fasa 1: sekolah rendah (1995-2000)UPSR Fasa dua: sekolah menengah(2001-2005~~PMR &SPM) Fasa tiga : matrikulasi, persediaan, n university(2006-2012) alhamdulillah, matrik walau sebulan cuma, Persediaan tiga bulan, n universiti 6 tahun, sijil ijazah mmch perubatan n oembedahan berjaya juga dicapai... Seingt balik dulu, sejak sekolah rndah, bile cikgu matematik duk usik,awak ni muka cam org mesir, nnt blh pegi mesir...tak seme mena tertanam niat nak pegi mesir.terima kasih ckgu,walaupon cikgu garang.haha. Minda bawah sedar yg memandu. N selari juga dgn cita cita doktor.alhamdulillah.Allah sebaik baik perancang. Memasuki fasa empat : praktikal sebagai pegawai perubatan, femes name houseman ship, terkenwl dgn cabaran,kesukaran,kesibukkan n mcm mcm yg digeruni untuk diharungi. Selama dua tahun, (2013-2015)insyaallah.doakan saya. Kali ini bukan berseorangan, tapi dgn si kecik iffah solehah... Smg kuat untuk dia n ibunya. Ya allah sesungguhnya engkau sentiasa bersama kami.

Monday, February 4, 2013

tetapan

Taqdir. Percaya kpd qada dan qadar. Rukun iman. Bagi umat islam. Yang mukmin. Insyaallah.... Tiadalah sesuatu yg terjadi kpd mu itu terjadi melainkan ia dengan izin TuhanMu..Alllah. Walaupun berhimpun seluruh manusia untuk membinasakan mu, Jika Allah tidak menghendakinya, Maka tidaklah ia akan akan terjadi. Walaupun berhimpun seluruh manusia untuk menyelamatkan mu, Jika Allah tidak mengizinkannya, tidak akan selamat lah kamu... Redha dgn taqdir dr TihanMu, Allah. Kerana ia aturannya. Maka akan berbahagia lah kamu. Tidak mungkin bagi kamu memutar taqdirnya. Kerana kita hanya hamba. Lakukan setiap perkara kerana allah.. Alamatkan urusan mu kepada akhirat!

Wednesday, January 23, 2013

say no to no

Mmm... So, jgn sebut no yer. Skrg baru faham, mcm mana seorang remaja 'memberontak'. Itu cara mereka cuba membuktikan mereka wujud, dan mampu memberi kesan kpd sekelilingnya. Kenapa?kerana mereka selalu dinafikan. Kenapa? Byk sebab, N mmg cara berfikir dan bertindak remaja memang berbeza dan berlainan dr golongan lain. Tp, sbb tiada kuasa, mereka dinafikan. No! n no!
Mereka menjawab semula. Harus kawal diri. Tiada siapa harus menjadi mangsa. Dah harus dipersalahkan. Ujian untuk mereka yg layak. Itu janji Allah. Harus membebaskan diri! Tp kenapa rasa swmakin terikat? Ya Allah lindu gi aku dr kejahatan dan mungkar. [mode: tidak teratur...] Terima kasih kerana sudi luangkan masa.

Monday, September 17, 2012

sifat wajib bagi Allah...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Tetiba jadi sesi ulang kaji... Alhamdulillah...setelah berperang dgn mata n malas, n dgn jarum jam...ternyata diri ini sungguh lemah untuk mengutip hikmah hikmah yg hilang.... Hikmah itu barang yang hilang dari orang mukmin...kalau kamu xcari xakan jumpa...so, kena ikhtiarkan cari...cth nye...kena ade kehendak nak cari, kena mulakan cara n kena ada perancangan dia, kena buat dua tiga plan, cari dua tiga tempat, kaitkan dgn ape ape yg berkaitan balik...ok, dah mula membebel dekat diri sendiri atas kemalasan diri yg mula mengemuk..astaghfirullah... :-\ Balik pd tajuk... Ni tajuk kelas fardhu ain kat sekolah rendah tahun 5@6 dulu kot, n hakikatnya saya yg dah habis tahun 6 ni pon nak jawab soalan ni, markah blh bg sama je dgn budak2 tu, ntah ntah diorg lg byk tau..huk huk... 1.wahdaniah, 2.qudrat, 3.iradat, 4.ilman(ilmu), 5.hayyan(hidup), ....ni je yg ingat, duk ulang hafal dgn kuat dlm kelas dulu...bile ustazah tanye...walhal xtau apebenda pon nak kaitkan dgn Allah....tape la, dulu budak lagi...itu dulu...sikalang?heeee.... Oleh itu, td hasil peperangan td,dpt la sy faham sifat sifat itu..alhamdulillah..kalau macam ni, byk lg la kena berperang..bile membaca n kaji, baru rasa byk lg rupanya xtau... 1.WAHDANIAH....esa,tunggal, satu.... Dimulakan bhw Allah itu Esa, satu, tunggal, tiada sekutu...sifat sifat ini dibincangkan dibawah tajuk kesyumulan islam... N mcm mana Esa nya Allah itu lambang islam yg menyeluruh?(kalau ikutkan nak tulis semua yg dapat td,tp..huhu..biasala,perang xselalu blh menang....)... Dgn keEsaan, keTunggalan Allah itu sendiri bukti islam itu sempurna, kerana....... Tidak sempurna lah tuhan tuhan yg lain itu apabila ada sekutu atau tuhan tuhan itu perlukan bantuan untuk mencipta n mentadbir seluruh alam... Ini ayat kitab lama, dulu xfaham knape kena mula ayat dgn 'tidak', wat pening kpl je..,rupanya huraian dia akan jadi lain, lebih menusuk, ok?...so,bace ulang ulang kali baru blh faham, n supaya blh ingt,cz dah bace ulang kali..haha..kan bijak tu, tekena. 2.QUDRAT Tidak dijelaskan... 3.IRADAT???tidak dijelaskan...buku ni cuma terangkan ape yg berkaitan dgn kesyumulan islam..sy yg ttba teringt sifat wajib bg Allah. :-) 4.ILMAN???ilmu....kesyumulan ilmu Allah n manusia berbeza... Kerana ilmu manusia perli ditambah n boleh terhapus.cthnye kerana lupa,lalai, luput etc... Ilmu bg Allah adalah kekal n kamil..sempurna. 5.HAYYAN...hidup.. Kehidupan manusia tidak sempurna...keHidupan itu sendiri tidak sempurna, kerana manusia Perlu dilahirkan dan akan ade untuk nya kematian... Sedangkan bg Allah, adalah kehidupan semata...Hidup, tiada mulamn tiada akhir..sebab itu ia sempurna... Baca yg ini je dah mengingatkan kpd byk perkara lg..sungguh sy tidak berkembang skrg....sedihnya..kena kuatkan smgt lg sungguh sungguh....:-(

Wednesday, August 15, 2012

you're B+?

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Menjadi diri sendiri, Yang tidak terpengaruh dgn persekitaran yg tidak menyenangkan, Seumpama ikan di lautan masin, yg kekal segar dan hidup. Adakah aku sekuat itu? Walhal apa yang dilihat, didengar, dan rasa itu lah yg mejberaikan contoh kpd kehidupan. Al qudwah bil hal ahsan min qudwah bil lisan. Action speak louder than word. Sedikit sebanyak akan terpalit. Harus kuat membina benteng iman,
Perlu membina diri dan hati yang kukuh sentiasa. Semoga diberikan kekuatan. Untuk terus bersangka baik, ?..

Thursday, July 26, 2012

8bulan sudah

eDengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah... 8bulan sudah, mujahidah kecil ku... Terasa cepat masa berlalu. Rasanya,kalau tanpa mujahidah kecil xakan rasa begitu berharga 8 bulan ini macam skrg. Flashback semula, 6tahun belajar medic.terasa sgt lama. Sekarang saya ditahun 6! Kejap je rupanya.astaghfirllah, ke manakah 6tahun itu? Bagaimana 6tahun itu aku lalui? Apakah yg bertambah dariku untuk diriku, agamaku, keluargaku, dan masyarakat sekitarku? Ya allah, suatu hari nanti, engkau akan bertanya kpd ku? Kemana masa mu engkau habiskan? ?..... Duk takut nk jawab ape untuk exm? Tp kenapa xde rase takututuk soalan ini? Kemana iman menghilang? 8bulan, mujahidah kecil ku bukan lagi seorg bayi bagiku. Dah besar rupanya. Merangkak, memanjat, jatuh, menangis dan bangun.tak pernah serik! Sungguh dia benar2 mujahidah kecil untukku, mujahidah yg mengajar aku untuk terus berjuang. Hidup bukan selamanya, tp untuk akhirat yg selamanya! Dia sebagai mesej drpd sang pencipta, bahawa manusia dicipta kerana dia Tuhannya. Betapa kecil n lemah nya kita. Mana mungkin memungkarinya. Itulah kita dahulu, lemah yg tersangat lemah! Lahirnya tanpa seurat benang, Makan n minumnye bergantung kpd malaikat dunia, Xmampu bangun dr jatuhnya, Berjalan dgn 4 tapak, jatuh dan jatuh berkali2, Semuanya bergantung kpd si ibunya. Sungguh benar firmanNya, Jangan sekali kali kamu berkata mahupun 'ah' kpd ibumu... Jika kamu sedari hakikat ini, tidak sanggup aku mengasari seorang ibu, Walaupun kpd siapa dia seorg ibu. Dia tetap ibu. Ya allah, itulah hambu dulu..yg sekarang sedar akn tanggungjawab manusia di bumi mu ini. Sungguh lemah.namun berani sekali menodai janji keimanan diri. Ampunkan kami ya allah,bimbinglah kami ya allah. 8bulan, Dia berlajar dan menguasai perkara baru. Dan mereka disekelilingnya sungguh gembira dgn perkembangannya. Sungguh.kenapa ya? Bukan tuan punya diri yg menguasai perkara baru. Dengan melihat sahaja sungguh membahagiakan. Apabila berubahnya sesuatu kpd sesuatu yg lebih baik. Dari terbaring boleh meniarap. Dari meniarap blh merangkak ke belakang. Dr ke belakang boleh ke depan. Dr baring boleh duduk sendiri. Dari duduk blh bangun bergantung, memanjat. Dari memanjat,dia cuba berlepas tangan berdiri sendiri. Mengagumkan. Cepat sekali dia belajar! Dan kita gembira! Itu hakikatnya, apabila berubah sesuatu kpd sesuatu yg lebih baik, maka baiklah sekitarnya. Lebih baik lagilah hasil kpd pengubahnya,insyaallah.. Itu mujahidah kecilku terus belajar dan belajar. Smgaku dan kamu juga terus belajar dan belajar. Berubah itu tidak mudah,kerana dia jatuh, bangun dan jatuh. Tapi itulah pembawa berita gembira kpd sekitarnya. Semoga kamu lah org itu. Sama2 sebarkan bahagia. 8 bulan sudah ia berlalu.