Thursday, July 26, 2012

8bulan sudah

eDengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah... 8bulan sudah, mujahidah kecil ku... Terasa cepat masa berlalu. Rasanya,kalau tanpa mujahidah kecil xakan rasa begitu berharga 8 bulan ini macam skrg. Flashback semula, 6tahun belajar medic.terasa sgt lama. Sekarang saya ditahun 6! Kejap je rupanya.astaghfirllah, ke manakah 6tahun itu? Bagaimana 6tahun itu aku lalui? Apakah yg bertambah dariku untuk diriku, agamaku, keluargaku, dan masyarakat sekitarku? Ya allah, suatu hari nanti, engkau akan bertanya kpd ku? Kemana masa mu engkau habiskan? ?..... Duk takut nk jawab ape untuk exm? Tp kenapa xde rase takututuk soalan ini? Kemana iman menghilang? 8bulan, mujahidah kecil ku bukan lagi seorg bayi bagiku. Dah besar rupanya. Merangkak, memanjat, jatuh, menangis dan bangun.tak pernah serik! Sungguh dia benar2 mujahidah kecil untukku, mujahidah yg mengajar aku untuk terus berjuang. Hidup bukan selamanya, tp untuk akhirat yg selamanya! Dia sebagai mesej drpd sang pencipta, bahawa manusia dicipta kerana dia Tuhannya. Betapa kecil n lemah nya kita. Mana mungkin memungkarinya. Itulah kita dahulu, lemah yg tersangat lemah! Lahirnya tanpa seurat benang, Makan n minumnye bergantung kpd malaikat dunia, Xmampu bangun dr jatuhnya, Berjalan dgn 4 tapak, jatuh dan jatuh berkali2, Semuanya bergantung kpd si ibunya. Sungguh benar firmanNya, Jangan sekali kali kamu berkata mahupun 'ah' kpd ibumu... Jika kamu sedari hakikat ini, tidak sanggup aku mengasari seorang ibu, Walaupun kpd siapa dia seorg ibu. Dia tetap ibu. Ya allah, itulah hambu dulu..yg sekarang sedar akn tanggungjawab manusia di bumi mu ini. Sungguh lemah.namun berani sekali menodai janji keimanan diri. Ampunkan kami ya allah,bimbinglah kami ya allah. 8bulan, Dia berlajar dan menguasai perkara baru. Dan mereka disekelilingnya sungguh gembira dgn perkembangannya. Sungguh.kenapa ya? Bukan tuan punya diri yg menguasai perkara baru. Dengan melihat sahaja sungguh membahagiakan. Apabila berubahnya sesuatu kpd sesuatu yg lebih baik. Dari terbaring boleh meniarap. Dari meniarap blh merangkak ke belakang. Dr ke belakang boleh ke depan. Dr baring boleh duduk sendiri. Dari duduk blh bangun bergantung, memanjat. Dari memanjat,dia cuba berlepas tangan berdiri sendiri. Mengagumkan. Cepat sekali dia belajar! Dan kita gembira! Itu hakikatnya, apabila berubah sesuatu kpd sesuatu yg lebih baik, maka baiklah sekitarnya. Lebih baik lagilah hasil kpd pengubahnya,insyaallah.. Itu mujahidah kecilku terus belajar dan belajar. Smgaku dan kamu juga terus belajar dan belajar. Berubah itu tidak mudah,kerana dia jatuh, bangun dan jatuh. Tapi itulah pembawa berita gembira kpd sekitarnya. Semoga kamu lah org itu. Sama2 sebarkan bahagia. 8 bulan sudah ia berlalu.