Saturday, May 31, 2008

Rukun Iman

RUKUN IMAN

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-

1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada nabi dan Rasul Allah
3.Percaya kepada malaikat
4.Percaya kepada kitab
5.Percaya kepada hari akhirat
6.Percaya kepada qada dan qadar

rukun tu sesuatu yg harus ada pada sesuatu maka lengkap la sesuatu.kalau xde xlengkap la.

iman pulak,

i) dari segi bahasa: percaya-dr amanna; yukminu



(gmbr cuma hiasan-tupai ni percaya?)


ii)dari segi istilah: Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.

(sebab tu rukun iman sume mula 'percaya kepada...')

pastu ade jugak, orang mukmin=org yg percaya,

so, org yg percaya adalah org yg percaya, mengaku dan beramal(tgk maskud iman pada istilah).
kalau xde salah satu nie, ia akan jadi fasik, munafik @ kafir.

ape pulak ni?

1.fasik=orang Islam yang buat dosa kecil dan maksiat secara berterusan

2.munafik=mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya

3.kafir=orang yang menolak islam dan tak nak mengamalkan Islam.

so, kat mane percaya diletakkan?
kat Allah?
kat mak ayah?
kat kawan?
kat kekasih?

@ lain-lain?

same-same pikirkan...

~dua erti.

Saturday, May 24, 2008

adik...


semoga kekuatan dan ketabahan itu milik mu...
Ya Allah berikanlah insan ini kemudahan dan kesabaran.
amin...

Friday, May 23, 2008

Thursday, May 15, 2008

which one is better?

salam, give me your opinion.

Package A

studying untill late night, burning midnight oil till 3am @ till subuh prayer-at 4.20am and getting earlier.
Then after performing solah, and Al Mathurat(if I not fall asleep) go to sleep until 6.30 @ 7am and get ready to go to school(university)
Sometime @always I'll sleep after asar to compensate.
As I'm practicing this, I have more time n focus to study.

Package B

Early sleep, after isya-at 9.20 and getting more late. And some revision for todays' lecture, go to sleep about at 10pm, and wake up at 2am for study.
Some nap on the evening.
As I'm practicing this, a little bit sleepy, and lost of focus.
thanks

hablu minna Allah





















ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah.
dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"
- IBNUL QAYYIM-

Friday, May 9, 2008

pokok iman...


"sebarkanlah kasih sayang"
(aqidah-iman-ehsan-akhak)
"demi masa,
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran dan,
saling menasihati untuk kesabaran."
~al asr
"kemudian dia termasuk orang-orang beriman,
dan saling berpesan untuk bersabar dan,
saling berpesan untuk berkasih sayang."
~al balad:17
menasihati @berpesan :
1. untuk kebenaran
2. untuk kesabaran
3. untuk bersabar(diulang lagi dalam ayat tersebut, pada surah lain)
4. untuk berkasih sayang
orang yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa.
orang yang berjaya adalah orang yang memaksa diri untuk berubah.

Wednesday, May 7, 2008

surah an nas

salam, apa khabar?

Gambar ni masa SC (Smart Circle) yg lepas, 25 April 2008. pertama kali buat kat Hadiqah Shalalat. =)
(dari kiri:Zura, Salwa, Ainul, Shira(adik angkat SC,blh ye Hani), Jee, Cik Noni, & Aida)
untuk SC kali ini, saya di bentangkan tafsir An Nas, dan Cik Noni, pasal tawadhuk.
Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia."
PENGERTIAN ILAH.
1. sebagai tumpuan dan matlamat pengabdian.
membentuk hidupnya sebagai mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. segala nikmat didalam hidupnya ditujukan kepada Allah.
2. sebagai tempat perlindungan
dalil dari ayat 1-3 surah an nas. tiada yang mampu memberi perlindungan selain Allah. andai sekarang ini kita dilindungi (samada dari MARA, AIG, madam sana', bawab, dll) ia semua bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah juga. Allah bebas menarik keizinannya bila-bila masa sahaja. oleh banyakkanlah berdoa!
3. sebagai tumpuan kecintaan.
kecintaan kepada Allah hendaklah dizahirkan lebih dari segala-segalanya. dengan amalan dan perbuatan seharian dari bangun pagi disertai niat dansehingga tidur juga. manakala kasih sayang dan cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah.
4.Ilah sebagai pemberi rezeki.
sekarang duit kita alhamdulillah setiap bulan masuk ke bank, dari MARA. dan sesungguhnya manusia itu pembawa dan penyampai rezeki dari Allah untuk kita. berjimatlah dan guna pada tempat yang sepatutnya. Andai Allah hendak memberi rezeki kepada kita, terus boleh didatangkan tanpa apa-apa bahan antara( bank, msg, emel dll) ~direct terus boleh disampaikan. namun, perantara dijadikan sebagai asbab untuk kita memperoleh rezeki. kembalikanlah kesyukuran kepada Allah, ucapan terima kasih dari manusia kita iringi dengan 'alhamdulillah'
5.Ilah sebagai sumber perundangan.
dasar dari manual kehidupan manusia~Al Quran dan As Sunnah cukup lengkap untuk dikaji dan dilaksanakan. Allah sahaja yang berhak menentukan undang-undang. kekuasaanya mutlak dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.
~pengisian SC.
semoga dimanfaatkan, insyaallah.
semoga berjaya buat adik2 exam nnt ye!