Monday, March 30, 2009

ayat kursi...

1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dlm lindungan Allah SWT
hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap sembahyang,
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
kecuali maut dan

4)barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT memelihara akan dia keatas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap2 sembahyang fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia
setiap hati orang yg bersyukur,
setiap perbuatan orang yg benar,
pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya
- mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia
adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Saturday, March 28, 2009

mukmin, org yg beriman, org yg 'percaya'

"Sungguh unik perkara orang mukmin itu!
Semua perkaranya adalah baik.
Jika mendapat kebaikan ia bersyukur,
maka
itu menjadi sebuah kebaikan baginya.
Dan jika ditimpa musibah ia bersabar,
maka
itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya.
Dan ini hanya akan terjadi pada orang
mukmin."



trust.

kena pada masanya..subhannallah.

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, dan Allah itu Maha Penyayang!


maha suci Allah.

Dari Ali r.a yang bermaksud:

Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.

2. Suka memberi pada waktu susah.

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4. Mengatakan yang hak kepada
orang yang ditakuti atau
kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

syukran dik,=)

Friday, March 27, 2009

sekadar renungan hari ini....



sekadar renungan hari ini....

Dari Anas ra. ia berkata:

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Allah Ta'ala berfirman:
"Wahai anak Adam,
selama kamu berdo'a
dan mengharap kepadaku,
niscaya aku ampuni
dosa yang telah kamu lakukan
dan aku tidak mempedulikan berapa banyaknya.

Wahai anak Adam,
seandainya dosa-dosamu
bagaikan awan di langit,
kemudian kamu minta ampun kepadaKu,
niscaya Aku mengampunimu,
dan aku tidak mempedulikan berapa banyak dosamu.

Wahai anak Adam,
seandainya kamu datang kepadaKu
dengan membawa dosa seisi bumi
kemudian bertemu dengan Aku
tanpa menyekutukan sesuatu apapun denganKu,
niscaya Aku akan mengampuni dosa seisi bumi itu."

(HR. Tirmidzi)

Tuesday, March 24, 2009

tagged=stimulus factor

menurut cik tagger tu kate nak bgtau je, xde lak dpt berita ape2.alang2 dah tau, faham2 je la.
tagged tu cilik sket, bgs gak la, jadi stimulus factor plk nak postkan pasal ni..hehe.apepon thanks la zda.=)

syarat2nya
1.Go to your photos folder in your computer.
2.Go to the 6th folder of photos.
3.Go to the 6th picture in that folder.
4.Put the picture on your blog and describe about it.
5.Invite six friends to join the challenge.
6.Link them in your blog and let them know they have been challenged.

jom tgk sape menang............................



Program Ihya Ramadhan SK Pangkal Kala

Hari ni (post expireeeeed)sempena hari terakhir sekolah sebelum raya kat Sekolah Kebangsaan Pangkal Kala…diamanahkan oleh ma untuk handle tayangan kartun popular Upin dan Ipin. Semalam dah tayang Upin Dan Ipin season 1, ptg tu baru ma bgtau, nak tayang season 2 pulak. Ape lagi kena mntk tlg org la ni nak download…dgn talian hayat kat utara nun dpt la assistant, Cik Ainul Farahin @ Enol..alhamdulillah.malam tu gak dia download, nasib baik kalu tak, tak tido la mlm tu. Enol siap jadi wartawan lagi.hehe

Pagi2 hari ni, lps hntr adik ke sekolah, g ambik Enol, kat Wakaf Bharu..mudah je cari rumah .Tuan dia dah lama tunggu dah. Terus ke SKPK, majlis baru nak mula. Alhamdulillah sempat. Cam biasa la ucapan perasmian, ucapan Guru Besar, Cikgu Kamarulzaman. Hm..dah lama tak dengar ucapan time kat skolah cmni. Tengok kat budak2 tu, teringat zaman sekolah dulu..bestnye jadi budak2. hehe.

Mula-mula ade persembahan tadarus Al Quran dari pelajar darjah 4, 5 dan 6. comel sumenya, pakai baju melayu, n siap berselendang lagi. Macam nak raya dah.


(bg adil, adik2 perempuan pun terror gak)

Pukul 9.50, pelajar darjah 1 dan 2 dibenarkan rehat..oo, kecik lagi kan…(mase ni of course la ramadhan, esok lusa dah nak raya)lepas je cikgu umum tu, semua berlari keluar nak g ke kantin.ai budak2 lagi kan…seronok berkejar.nasib baik tak terlanggar cikgunya…kemudian nampak la adik kecik tu bawa air sirap…adik2 yg berpuasa tgk je…

"sedapnye sirap sejuk..."
tahan2, puasa ni byk sket dugaan.Tak lama pastu , ustaz panggil untuk mula tayangan. Nak edit semula video dah xjadi dah.tak tau nak buat cmne dah, nak bg lancar tayangan tu. Tapi dik, ni je yg mampu kami buat.terima la seadanya…

Mula la persembahan. Sume dok diam dalam barisan. Start je tajuk 'Upin N Ipin' keluar semua dah semangat sangat…bersorak…eh semalam ma kate, time tayang sume senyap, tak bercakap ape…cm ayam dapat padi…semua khyusuk tgk…harini semangat la boleh tengok sambungan plk.baru 5minit tayang, barisan dah ntah ke mane, atas pentas tu plk penuh dgn diorg nie…cikgu2 panggil suruh duduk kat tempat asal, cikgu kat belakang tak nampak..maklum la cikgu ye..

Sampai episod 4, tayangan dihentikan…sambung dengan pertandingan azan dr pelajar lelaki pulak.


Wah, hebat ni, kecik2 dah masuk bertanding azan, nnt blh jadi imam. Insyaallah. Suara mantap2 semuanya.pening dah ustaz nak pilih tu..tu yg dah tapis dr kelas masing2 kalau tak sume nak masuk bertanding…byk hadiah kat atas meja tu

Majlis rehat, dan sambung dengan penyampaian hadiah untuk pelajar2 yg Berjaya. Ade hadiah pertandingan bacaan dalam solat,kumpulan tadarus Al Quran, hadiah bagi murid yang berpuasa penuh, anugerah tokoh pelajar ramadhan al mubarak Tahniah semua!

'ma bg hadiah kat anak murid'
Jadi anak yg baik,besar nnt jadi penegak agama ya.
Insyaallah, semoga guru-guru, pelajar dan ibu bapa semua diberkati, dan dipermudahkan urusan.

ni sign board..



dah jalan terlepas ni, patah balik, tengok betul ke yg di tulis tu..haha.sekolah rendah.agak2 kat skolah aku dulu pon ade gak kot..hehe

Friday, March 20, 2009

Sayidina Umar berpesan

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

Siapa yang menjaga percakapannya
dianugerahkan kepadanya hikmah.

Siapa yang menjaga penglihatannya
dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

Siapa yang menjaga makanannya
dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

Siapa yang bersabar di atas ujian,
Allah sempurnakan sabarnya
lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

Siapa yang menjaga daripada ketawa
dianugerahkan kepadanya kehebatan.

Siapa yang menjaga daripada bergurau
dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

Siapa yang meninggalkan cinta dunia
dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

Siapa yang meninggalkan kesibukan
mencari kesalahan pada perbuatan Allah,
dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak

Dari Nabi S.A.W...

Dari Nabi S.A.W...
"Pada waktu malam saya diisra'kan sampai ke langit,
Allah S.W.T tlh memberi 5 wasiat..
antaranya:

1-Janganlah engkau gantungkan hatimu kpd dunia
krn sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini utk engkau..

2-Jadikan cintamu kepadaKu sbb tempat kembalimu adalah kepadaKu..

3-Bersungguh2 engkau mencari syurga..

4-Putuskan harapan dari makhluk
krn sesungguhnya
mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa ditangan mereka..
5-Rajinlah mengerjakan sembahyang Tahajjud
kerana sesungguhnya pertolongan itu
berserta Qiamullail.."

Thursday, March 12, 2009

hati-hati

Apabila kita disakiti,
Janganlah kita bersedih,
...
Mesti ada terselitnya hikmah.
Hati kita umpama kaca,
Rapuh dan keras,
Maka semailah hati kita,
Dengan iman dan taqwa.
Keimanan menguatkan hati kita,
Mengatasi segala kesedihan,
Apabila nikmat iman dan ketaqwaan,
Memberikan kita kemanisan tak terhingga...