Friday, June 26, 2009

buat baik

“Dua perkara yang perlu kamu ingat,

pertama,
kebaikan orang terhadap KAMU,

kedua,
keburukan KAMU terhadap orang lain.



Dua perkara juga yang kamu mesti lupai,

pertama,
kebaikan kamu terhadap orang lain,

kedua,
keburukan orang lain terhadap kamu.



‘Life is a journey where we will hurt somebody and we are being hurt’.


Tersenyumlah. Berlapang dadalah dengan setiap apa yang berlaku. Kerana bersangka baik akan setiap ketentuan dan aturanNYA adalah lebih indah dari segalanya. Binalah keyakinan bahawa disebalik musibah, terdapat ganti dan balasan dari ALLAH swt yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Tersenyumlah sebagai sedekah kepada yang lain yang melihatnya, tanda kedermawan hati, dan kesejukan hati walau saat ia terluka.

Dalam kitab Harim, Zuhair bersyair:

Kau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya
Jika kau bertemu dengannya
Seolah kau memberikan kepadanya sesuatu
Yang kau sendiri memerlukannya

(Dipetik dari buku La Tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni)

Sunday, June 21, 2009

nasihat

pesanan x-alexandrian U ni

Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen
kepada REMAJA MUSLIM..

a) Wahai anak-anakku,
telah tiba saatnya kalian bangun
dan melakukan solat subuh secara berjamaah,

sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri
dgn akhlak yg mulia,

mengamalkan al quran
dan mencontohi Rasulullah saw


b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak
utk solat tepat pd waktunya ..

c) Aku amat berharap kalian semua
tidak sibuk dengan muzik
dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat
serta cinta kepada manusia dan dunia.

latihlah diri kalian utk sementara waktu
merasakn kehidupan yg sukar.

d) Wahai puteriku,
aku mahu kalian berjanji kpd Allah
akan mengenakn hijab
secara betul dan jujur,
serta mengambil peduli ttg agama
dan Nabi kalian yg mulia.

Haram bg kalian
melakukn sst yg blh menarik perhatian
pemuda spy mendekati kalian.



jgn tertipu dgn pandangan pertama,
tapi nilailah dgn iman di hati,
iman itu adalah dgn hati, lidah dan jasad,
ia adalah keyakinan, ungkapan dan perbuatan,
seseungguhnya Islam adalah agamaku,
sesungguhnya Islam adalah cara hidupku,
berIMANlah.


~EXAM MOOD

Thursday, June 11, 2009

solat hajat...

alhamdulillah sume berjalan lancar.
majlis solat hajat anok2 kelate
syukran jazilan diucapkan kepada Tuan Rumah,akak2 yg menjadi chef jemputan terjun~bidan terjun.
dan kpd semua yang hadir=)amdulillah
nk jemput sume pon xmmpu, so anok2 kelate ni la yg menjadi pilihan..

alhamdulillah yg tak terhingga juga,
semlm genap sy 21 tahun, walaupon ma msg bg ucapan dah 22thn..huhu.

ni sedikit petikan dr link yg sorg shbt bg(adik la, cz sy dah 21,haha)
syukran jazilan!

"Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, persoalan yang sering bermain di minda saya adalah, "selama aku hidup, apa yang telah aku lakukan???" "

...

Astagfirullahalazim.. Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1695


dan semalam juga, dapat satu berita buruk dr kaherah.
pelajar accident, dan sorg meninggal...
dr Allah kita datang, dan kpd Allah kita kembali...
al fatihah...

Monday, June 1, 2009

nabda' bi nafisi...

Orang-orang Yahudi yang benar-benar mengkaji kitab Taurat memang menyedari bahawa suatu masa nanti, mereka juga akan dikalahkan oleh umat Islam. Tetapi bersyarat! Apakah syaratnya?

“Jangan harap umat Islam seluruh dunia akan menang, selagi bilangan jemaah solat fardhu subuh di masjid tidak sama ramainya dengan bilangan jemaah ketika solat fardhu Jumaat.”
(http://noorehsan.blogspot.com/2009/01/dunia-palestin.html)

di suatu jumaat...
solat jumaat...


walaupun masjid itu kecil,
dibentangkan tikar,
malah mereka(ramai) solat di bawah cahaya matahari yg terik.
menghadap kiblat yg sama,

sama2(ramai) sujud dan ruku' kpdNya.
subhanallah!

keesokkan harinya,
dimasjid yg sama...


jemaah subuhnya, mampu dihitung dgn jari..
kemana pegi yg lainnya?


bg kaum lelaki sgt dituntut untuk solat berjemaah di masjid,
bg akhwt, laksanakanlah jemaah di rumah...
(andai diri ini juga dituntut unt solat berjemaah di masjid..rindunye masjid...)

sesungguhnya solat itu lambang dan sumber kekuatan,
seorg yahudi percaya(menilai) dgn kekuatan solat dan berkata demikian,
so cmne dgn kita yg melaksanakan(menilai) solat 5 kali sehari?!
teguhkan iman, yakinlah pada ISLAM...

"Islam berjuang tanpa senjata, kerana faktor kekuatannya tersembunyi disebalik hakikat yg unggul, dalam kesederhanaan, kejelasan dan kelengkapannya,
dalam keserasian dgn fitrah manusia dan dlm kesanggupannya memenuhi keperluannya yg hakiki"

kekuatan=solat, dan ibadah lain.


“Kamu bukannya sedikit, tetapi kamu seumpama buih-buih dilautan. Allah meletakkan penyakit ‘al-wahn’ di dalam hati2 kamu. Mencabut perasaan takut dalam hati2 musuh kamu kerana kamu cinta kepada dunia dan kamu benci mati.” (sahih- Hr Ahmad, Abu Daud dan lain2)

~SCENT OF PALESTINE, SCENT OF JANNAH~