Friday, May 29, 2009

haiyya ala as solah!

haiya ala as solah!
marilah menunaikan solat!
marilah menunaikan solat!

(bile dgr ni time azan kena jawab,
'la hau lawala quw wataillah billahi aliyyil 'azim'
=takde dayaupaya/kekuatan melainkan pada Allah yg maha agung

solat, dr perkataan solla, [sod-lam-ya]
maksud dia ,
selawat, doa.
manakan pula, dr segi istilah@yg dikehendaki syarak ialah,
beberape perkataan dan perbuatan yg dimulakan dgn takbir dan diakhiri dgn salam.

syarat wajib(wajib=wat dpt pahala, tinggal berDOSA) solat:
1.islam-org kafir sembahyang pon xkan sah.
2.baligh-cukup umur, dah 7 tahun tu kalau xsembahyang lagi kena rotan.
3.berakal-normal brain fx, xwajib dah kalau gile.
4.suci-dr haid n nifas(hadas besar), ni u perempuan, Allah Bagi Cuti.dah la xyah solat, xyah gnti plk.
5.sempurna pancaindera-xwajib kalau asal kejadian buta n tuli.cmne nk blaja sembahyang kalau xnmpk n xdgr.
6.sampai seru-yakni seruan islam. kalau xsmpi seru tu nonmuslim=kafir la dia tu.

syarat-syarat SAH solat:(kalau xde ni, xbetul la solat)
1. suci dr hadas kecil n besar,hadas kecil blh suci dgn wudhu'/air sembahyang
hadas besar plk sucikan dgn mandi wajib.
2. suci badan, pakaian n tempat nk solat.suci dr najis yg xleh di maafkan.
3.tutup aurat-dalam solat, mesti tutup aurat, kalo L, anggota bdn dr pusat hingga lutut, P plk, seluruh badan kecuali muka n tapak tgn.
4.tahu dgn yakin masuk wktu u solat fardhu yg nk didirikan.
5.menghadap kiblat.

sumber:panduan lengkap ibadah solat, johari Alias.

Thursday, May 28, 2009

naik turun...

Dalam kita melangkah…
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
Dan renungilah dalam diri kerana…

Mungkin air mata tika itu hadir kerana…
Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
Semoga tabah dan tetapkan iman…

Biarlah kita keseorangan,
Tanpa berteman,
Biarlah malam,
Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur,
Tanpa dihiasi mimpi indah,

Tapi,
Jangan biarkan hatimu sunyi,
Tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL-QURAN




* iman itu bertambah dan berkurang.
maksud iman itu adalah percaya.
iman adalah percaya dgn hati,
pengakuan dgn lidah,
dan
amalan dgn anggota badan.

iman itu bertambah dan berkurang.
sesungguhnya iman itu bertambah apabila...
jelasnya dan yakinnya pengakuan di hati,
(sesunnguhNya Allah adalah Tuhanku, tiada Tuhan selainnya, dan Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam itu adalah utusanNya dan contoh teladan bagiku)
basahnya bibir dgn zikrullah,
(doa,bacaan quran, tasbih, tahmid, takbir, ungkapan nasihat,teguran mesra...)
dan
bergeraknye anggota badan untuk ibadah kepadaNya,
(sunat rawatib, puasa, sedekah, tolong-menolong,bersukan, ziarah, ulang kaji stdy,lawan nafsu...)

iman itu bertambah dan berkurang,
sesungguhnya iman itu berkurang apabila,
lupanya hati kepada Allah,
(lps ni aku nk tgk citer, aku rindu kat dia...)
kurangnya zikir kepadaNya..
(berborak kosong, mengumpat,....
lemahnya badan untuk beribadat
(byk makan, byk tdo,....)

scent of palestin, scent of jannah

Thursday, May 21, 2009

Dari Ali bin Abi Talib:
“Ambillah daripadaku lima perkara:

Pertama: Jangan engkau mengharapkan seseorang
selain dari Tuhan engkau sendiri.

Kedua: Jangan engkau takuti sesuatu pun,
selain dari kemurkaan ALLAH.

Ketiga: Jangan engkau segan mempelajari sesuatu yang belum diketahui,
walaupun dari sesiapa sahaja.

Keempat: Hendaklah engkau berani mengatakan
yakni belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya.

Kelima: Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar,
kerana sabar itu kepala iman...