Wednesday, May 7, 2008

surah an nas

salam, apa khabar?

Gambar ni masa SC (Smart Circle) yg lepas, 25 April 2008. pertama kali buat kat Hadiqah Shalalat. =)
(dari kiri:Zura, Salwa, Ainul, Shira(adik angkat SC,blh ye Hani), Jee, Cik Noni, & Aida)
untuk SC kali ini, saya di bentangkan tafsir An Nas, dan Cik Noni, pasal tawadhuk.
Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia."
PENGERTIAN ILAH.
1. sebagai tumpuan dan matlamat pengabdian.
membentuk hidupnya sebagai mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. segala nikmat didalam hidupnya ditujukan kepada Allah.
2. sebagai tempat perlindungan
dalil dari ayat 1-3 surah an nas. tiada yang mampu memberi perlindungan selain Allah. andai sekarang ini kita dilindungi (samada dari MARA, AIG, madam sana', bawab, dll) ia semua bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah juga. Allah bebas menarik keizinannya bila-bila masa sahaja. oleh banyakkanlah berdoa!
3. sebagai tumpuan kecintaan.
kecintaan kepada Allah hendaklah dizahirkan lebih dari segala-segalanya. dengan amalan dan perbuatan seharian dari bangun pagi disertai niat dansehingga tidur juga. manakala kasih sayang dan cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah.
4.Ilah sebagai pemberi rezeki.
sekarang duit kita alhamdulillah setiap bulan masuk ke bank, dari MARA. dan sesungguhnya manusia itu pembawa dan penyampai rezeki dari Allah untuk kita. berjimatlah dan guna pada tempat yang sepatutnya. Andai Allah hendak memberi rezeki kepada kita, terus boleh didatangkan tanpa apa-apa bahan antara( bank, msg, emel dll) ~direct terus boleh disampaikan. namun, perantara dijadikan sebagai asbab untuk kita memperoleh rezeki. kembalikanlah kesyukuran kepada Allah, ucapan terima kasih dari manusia kita iringi dengan 'alhamdulillah'
5.Ilah sebagai sumber perundangan.
dasar dari manual kehidupan manusia~Al Quran dan As Sunnah cukup lengkap untuk dikaji dan dilaksanakan. Allah sahaja yang berhak menentukan undang-undang. kekuasaanya mutlak dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.
~pengisian SC.
semoga dimanfaatkan, insyaallah.
semoga berjaya buat adik2 exam nnt ye!

Friday, May 2, 2008

walt disney haeven

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Berikan aku hidayahMU yang menjadi rebutan setiap orang yang bertaqwa…
Amin…

Sekian lama telah saya tidak menulis.pelbagai idea terkumpul dalam kepala, tapi sekadar terkurung didalam skull, tidak menemui foramen yang sesuai untuk ditembusi.tak mampu diungkapkan sebagai kalam-kalam yang mampu difahami oleh orang lain….tidak cukup kekuatan untuk menterjemahkan…

Seingat saya paling akhir saya berkongsi pandangan tentang sesuatu adalah pada akhir sem lepas, sebelum bermulanya study week untuk final exam.

Walt Disney's heaven?

Kenal walt Disney?
Pasti, saya antara peminat 'tak setia' walt Disney. Kartun dan movie yang disiarkan menarik dan membuat saya tertarik untuk mengikutinya, dan ternyata ia lebih membuatkan saya berfikir…

Saya diajak untuk join marathon movie, ok…I'll open my mind and try to get thru it…
First movie, enchantered…dari awal, dan akhirnya(sebenarnya on da way), dalam masa kurang setengah jam saya dah 'hilang' dari panggung.
Buka YM,dan status saya

Cinderella + snow white + rattatouil = enchantered

Inilah kesimpulan yang saya dapat selepas tak sampai setengah jam.

Ramai yang menegur status saya:
"wah, marathon movie ke?"
"fuyoo cartoon..best tu.mana dapat?"
Sehingga kawan-kawan yang tidak pernah chat dengan saya juga menegur.
Begitu menarik sekali status ini ya…hmm…

Ada jugak yang menegur,
"wat pe….takkan tengok katun?"
Hehe…ya saya tengok kartun, tapi bagi saya bukan sekadar tengok, kerana ia lebih membuatkan saya resah. Ada maksud disebalik status itu.

Saya tak tengok semua kartun tersebut pun, pada malam itu saya hanya tengok enchantered, yang tak sampai setengah jam. Cinderella dan snow white saya pernah tengok masa zaman budak-budak dulu, rattatouil saya cuma dengar synopsis dari orang yang pernah tengok(ma'lisy, saya tak lalu tengok tikus yang masak kat dapur)

Kenapa '= enchantered'?
Anda pernah tengok enchantered? Cerita-cerita yang saya sebutkan sebelumnya ada kaitan dengan enchantered kan?
Sedikit synopsis, (dari saya yang tengok tak sampai setengah jam) enchantered cerita separa kartun dan manusia, membawa watak-watak dari Cinderella, snow white dan rattatouil. Watak utama dari cerita enchantered dibawa ke dunia nyata, sebagai seorang princess yang cantik, dan tidak tahu menahu tentang kehidupan di dunia nyata ini.sehingga akhirnya…? Tak perlu tanya saya. yang saya tahu, pengolahan sangat, menarik dan make us to know n stick infront the lap top!dan mungkin untuk menaplikasikanya..nauzubillah.

Saya ingin mengajak anda berfikir…dan saya andaikan semua tahu dan arif cerita-cerita yang saya sebutkan itu(sekurang-kurangnya cinderella dan snow white..saya la tuJ)pasti anda semua pernah khatam beberapa kali cerita-cerita tersebut.
Andai saya minta untuk menceritakan semula synopsis setiap cerita tersebut, pasti anda boleh menceritakannya dengan lengkap dari awal hingga akhir tanpa tertinggal satu point pun! Dare?!

Ok, contohnya saya sendiri,(sesiapa yang dah ingat dan tahu, tak perlu baca synopsis di bawah, saya pasti anda semua lebih arif!)

Cinderella, seorang suami yang kematian isteri, meninggalkan anak perempuan, Cinderella dan si ayah.si ayah berkahwin lain, dapat emak tiri dan kakak tiri, emak tiri pulak jahat, selalu buli Cinderella suruh buat kerja-kerja rumah,kena mop lantai, cuci dapur, bagi makan haiwan ternakan, Cinderella rindu kat mak dia…sampai suatu masa putera nak cari jodoh, so adakan tarian…dengan kuasa fairy god mother, Cinderella boleh pergi juga…tup tup putera tu terkenan kat Cinderella, Cinderella pulak kena balik dah, dah pukul 12 malam, nanti dia akan tertukar jadi perempuan mop lantai semula…lari-lari tertinggal kasut kaca dia, putera tu pun usaha la untuk cari Cinderella…saya tak larat la nak cerita…semua dah tahu kan?
(kalau ada tambahan untuk synopsis nie…tafadhalJ)

Di atas tadi saya ada mengatakan mungkin untuk aplikasikan apa yang kita tengok.
Manusia adalah apa yang mereka lihat dan buat. Dari sesetengah sudut, jika kita mempunyai pemikiran yang sama, boleh dikatakan ia dapat meracuni pemikiran dan membentuk suatu mind set.
Ayah cerai,
Ayah nak kawin lain,
Dapat mak tiri, mak tiri=jahat. Saya tak nak!

Mungkinkah ini akan berlaku?

Nauzubillah, tapi saya suka untuk thinks for the worst.
Jarum-jarum halus kafir tidak pernah berhenti. Dan seingat saya ada satu ayat quran yang suruh kita berjaga-jaga dengan setiap peranan orang yahudi ini.
Sedarkah anda walt Disney juga sebenarnya dibawah kelolaan yahudi?

Andaikan sekiranya new generation di Malaysia yang lebih dihidangkan dengan cerita-cerita sebegini, bagaimana nanti pembentukan mereka?cinderella, snow white, rattatouil, rapunzel, shrek, tak berani nak cakap banyak sebab saya tak tengok semua.

Seingat saya, saya juga pernah mengikuti siri-siri kisah anbia, dan saya akui tak semua saya ingat, sedangkan kita wajib tahu 25 rasul.
Sekarang, saya mempersoalkan kepada diri saya, dimana kedudukan kisah para anbia berbanding prince n princess dalam walt Disney(and others movies) yang mana lebih banyak ditonton, dan teladan yang diambil?
Terasa hinanya diri ini…

Pendapat saya dari cerita tadi, melalui islam, suami yang kematian isteri boleh berkahwin lain, untuk menjaga kebajikannya, anak-anak dan ibu tunggal tersebut.
Anak-anak akan terjaga keperluan dan kasih sayang. Membesar dengan penuh perhatian. Seterusnya, membentuk jiwa seorang muslim yang mantap, membina keluarga muslim yang kukuh, masyarakat muslim yang harmoni dan seterusnya Negara muslim yang aman.insyaallah.

Melalui Cinderella, jiwa anak-anak kecil ditanam dengan mak tiri yang jahat, tak inginkan mak tiri, seterusnya membesar dengan kesibukan dan kesempitan masa si ayah, kurang perhatian dan mula mencari haluan sendiri…runtuh satu institusi kelaurga. Andai ini yang berlaku,di mana Negara muslim yang diimpikan andai satu functional unit tidak terbentuk?disamping apa yang saya bincangkan disini banyak lagi sudut lain yang mempengaruhi pembentukan mind set.sama-sama luangkan sedikit masa untuk memikirkannya…

Sungguh licik dan jahat orang yahudi ini, mereka tidak mempengaruhi pemikiran orang-orang dewasa yang pastinya bijak dan berfikir tentang usaha keji mereka…tapi jiwa suci anak-anak kecil inilah yang dihidangkan racun dengan alasan sebagai hiburan di masa lapang.mana tidaknya, setiap minggu pasti ada cerita-cerita walt Disney dan lain-lain yang disiarkan. Walaupun cerita yang sama diulang-ulang, tetap memenuhi first list movie adik-adik kita (atau mungkinkah kita sendiri).
Bila difikirkan balik, seolah-olah orang islam sendiri yang menjadi ejen untuk menghidangkan hidangan resepi yahudi itu.

Dari sebuah cerita yang berunsurkan hiburan, sebenarnya satu rancangan rapi untuk menjatuhkan umat islam, seolah mustahil! Perkara ini mungkin hak kecil, tapi impaknya sangat besar. Fikirkanlah kesan dan hasil jangka panjangnya. Mungkin ada setengah pihak yang tidak bersetuju dengan saya, speak it out!
Satu hidangan yang lazat, tiba-tiba dengan sentuhan berbeza adakah racun yang berbisa. Siapa yang dapat menerima?
Nilailah dengan hati yang tenang, dengan iman dan akal yang sahih. Kita dikurniakan akal untuk berfikir, musuh kita juga berfikir.at setiap masa akan ada musuh-musuh islam yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan umat islam…jadi apa persediaan kita?
Marathon movie sampai 2-3 pagi?
Dereten folder cerita yang taks sempat tengok?
Atau sebaliknya.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
#sekadar cetusan minda.






Wednesday, April 30, 2008

relation and reality

Feeling not well, n i start to thinking something weird again. Find the causes n improve lah!Just before the athan maghrib I went to baini n baiti house. Talking make me felt relieve. I can't be alone in this condition. So I got the treatment, but not yet the causes. why?


The most important things last night, what I learnt from baini n baiti, they make me some sort of respect to them ~ in pendirian(I mean) n how they thinking.
Hablu min an nas n hablu mina allah, we can say she is good, n say 'some one' is bad, of course coz she doing good for us, n 'someone' doing bad to us. But we never can say she will go to the paradise n 'someone' will go to hell, coz we never know that, it was only about them n God, it is about theirs' n our heart to guide themselves n ourselves.
I want to improve me myself.there are still a lot of things to do with me.

we know most of the things, but how far we are practising what we know?

Sunday, April 27, 2008


"Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi.."

Sunday, April 20, 2008

19 hadis rasulullah s.a.w. mengenai wanita

1.doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w, akan hal tersebut, jawab Baginda,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

3.apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
4. apabila seseorang perempuan melahirkan anak keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.apabila semalaman ibu tidak tidur untuk memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8.barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barangsiapa yang menyukakan anak-anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000tahun)

10. perempuan apabila solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu yang dikehendakinya.

11. wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Baginda, "Suaminya."."Siapa pula yang lebih berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya"

13.apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
15. wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

16. syurga di bawah tapak kaki ibu.

17. wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi) di dalam syurga.
18. barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan selama pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takut serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah Radiallah hu'anhu:
"Barangsiapa yang diuji sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi pengahalang baginya daripada api neraka.

Wednesday, April 16, 2008

ini nasihat


Lukmanul Hakim ckp kat anak die :


Wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah engkau memuntahkan saja kerana kepahitan sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


Thursday, April 10, 2008

jom boikot barang2 israel.





Awal-awal waktu ketibaan saya di Mesir, antara pelajaran pertama dari senior2 saya:

"JOM BOIKOT BARANG2 ISRAEL!"

Tak leh makan Doritos, muqata'ah…elok skit kalau beli masrawi…air mineral nestle,domino… tak yah beli la…ada yg xmuqata'ah…coklat Cadbury?galaxsi pun sedap jugak kan, beli galaxsi la, lagi baik…keluaran Mesir.dan lain-lain.
kat dalam tram banyak tampal stiker2 mengajak boikot barang2 israel..saya tau je dan sedar perihal ini dari Malaysia lagi, tapi saya tidaklah begitu bersungguh-sungguh untuk memboikot dan mengajak kawan-kawan sama memboikot…sekadar untuk diri sendiri, dengan tidak membeli barang-barang boikot,untuk menyeru orang lain secara tidak langsung, mungkin.

Baru-baru ini saya diminta untuk memberi komen pandangan,dan cara untuk boikot dalam survey yang dibuatnya.alamak, nak cakap ape?
Saya masih pasif dalam bab nie..apabila diminta untuk berfikir tentang hal tersebut, saya mengambil masa agak lama…dan maaf ye, nampak macam non-supportive, tapi saya belum bersedia untuk share apa yang bermain difikiran. Pasif, banyak lagi hal lain yang saya masih bersikap pasif terhadapnya.saya perlu berubah.
(p/s: tapi galaksi pun kemungkinan kena boikot jugak. Ye ke?
Ade sesiapa boleh bagi pengesahan?
Saya nak makan coklat ape nnt?
Nak makan coklat…)


terbaru, isu Geert Wilder dan boikot Belanda pula. saya membaca pelbagai pandangan terhadap isu ini. dan doa saya harap kita semua dilindungi dari mana agenda kafir yang lain. lanjut boleh baca dalam saifulislam.com

menyentuh hati dan sebuah kesedaran, Palestin Day anjuran UPI Alex,


pameran-pameran dan biodata tokoh pejuang Palestin di paparkan.


paling menarik bagi saya penjelasan oleh AJK, tentang agenda-agenda Israel, antaranya:


1. nasionalisme


2.hedonisme


3.kelab rotari


4.hak sama rata...dan banyak lagi.





Balik isu pasal boikot, seorang AJK menyentuh isu makanan. sedar tak sedar sepanjang dua tahun kami disini, sangat banyak perubahan yang berlaku di Mesir ni sebenarnya. menurut senior, semasa mereka di tahun 2 @ 3, tidak banyak makanan ringan yang ada disini. tapi sekarang pelbagai jenis, warna, rasa dan bentuk ada. dan perubahannya pula agak cepat.


kenapa begitu ya?


balik je dari kuliah, bersesak-sesak di dalam tram, pasti ada mahasiswi/a mengunyah apa-apa jenis junk food. Doritos, masrawi, tiger, bake roll. apa-apa lah...bagi pelajar Tibb, semua sedia maklum, di dalamnya pelbagai jenis pengawet ada. MSD, pewarna. dan tahu kesannya, diabetes, cancer...


Agaknya isu makanan ringan pun boleh dimasukkan dalam senarai agenda Israel, mane


tidaknya, kesan jangka panjangnya sangat hebat. saiz bentuk badan yang semakin kecil dan lemah kerana makanan tidak berkhasiat.kemungkinan untuk mendapat penyakit juga bertambah.lama-kelamaan daya ingatan boleh berkurang. tidakkah ia semakin melemahkan?

lebih menyengat hati, minggu lepas saya baru saja membeli daging burger, esoknya dalam kuliah patho, Dr. Susan.


"if you are asked about couses for intestinal cancer, your answer is only 'A HAMBURGER' all is complete in a hamburger.why?

1. low content of unabsorable vegetable fibre.

2. high content refined CHO,lead to decrease stool bulk

3. high fat content

4. decrease intake of vitamin A, C and E which may act as oxygen radical scavenger."

"if you want it to be more tasty, add another slice of cheese, which is more fat."


jadi apakah perasaan anda?

peranan anda?



















saya dan sahabat saya, effa buat perjanjian. kali ini kami sama-sama akan saling menasihati untuk mengurangkan dan mengelakkan makan makanan yang tidak menyihatkan, dan sama-sama boikot


betulkan yang biasa, biasakan yang betul. insyaallah, Allah memberi petunjuk.