Showing posts with label fikir~tazakkir. Show all posts
Showing posts with label fikir~tazakkir. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

rehlah matruh siwa



Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah yg selayak nya menerima segala pujian.
juga kepada mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam rehlah ke matruh siwa 22-24jul 2009..
{n lain kali xyah la wat rehlah ari jumaat ye...byk tmpt xleh masuk}

Xlupa mntk maaf bg sesiapa yg ade sy terbuat salah…

Untuk tau lagi pasal rehlah tu blh buka link berikut…
lagi fresh n berisi kot…


http://drhymki.blogspot.com/2009/07/from-past-we-learn-for-future-we-gain.html

http://qalamie.blogspot.com/2009/07/bismillahimashaallah-subhanallah.html

Dan sebenarnya bg sy sendiri, (selain yg xterungkap...dalam tempoh 3hari tu)
sebelum ke rehlah...
dpt pengajaran dr ayat 123-126, surah al imran..
(di saat2 genting masa nk uruskan rehlah, doakan exm sy ok,insyaallah…dgn pengurusan untuk rehlah hanya sesingkat seminggu @ kurang, semua ini xkn terlaksana tanpa pertolongan dr Allah jua…ayat2 ni mgkn petunjuk drNya..ketika tadarus pd mlm tersebut.alhmdlh..)

*note untuk nota dibawah,
dlm kurungan(..)..adalah tafsir ayat


123,imran:(“dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah[kaum muslimin sedikit dan peralatan kurang].)


Maklumlah,
sy sendiri tidak tahu menahu tentang pengurusan untuk melaksanakan rehlah,
apatah lagi xpenah jejak ke matruh, ajk pun xde, so sume ajk yg dilantik kat alex sume adalah bidan terjun..mabruk.n syukran jazilan...terutamanya untuk setiausaha yg setia(jgn serik ek), n ajk2 lain...

(Kerana itu bertakwa lah kepada Allah, agar kamu mensyukuriNya)
Di saat akhir sy hanya mampu berserah,
bila melihat semakin byk *** yg timbul…

124,imran:([ingatlah],ketika engkau [Muhammad] mengatakan kepada orang2 beriman, “apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dgn tiga ribu=3000 malaikat yg diturunkan [dr langit]?”)

Pada masa ini lah, beberapa sahabat berusaha untuk melakukan yg terbaik, seupaya mereka mmp…

125,imran:(“ya, [cukup]”. Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka menyerang kamu dgn tiba2, niscaya Allah menolongmu dgn lima ribu=5000 malaikat yg memakai tanda)

Dan hadir juga sahabat2 lain,
yg sy langsung tidak sangkakan…menghulurkan pertolongan…
subhanallah…maha suci Allah yg telah mengaturkan semua ini…

126,imran:( dan Allah tidak menjadikannya[pemberian bala-bantuan itu]melainkan sebagai khabar gembira bagi [kemenangan]mu…)

Dan benarlah ia =rehlah ke matruh n siwa tersebut, merupakan satu kegembiraan dan kenangan terindah bg semua 43org yg menyertai nya…

(dan hatimu tenang kerananya.)

Ok, sepatut sume dah lancar, n hati dah tenang n blh stdy pharma elok2..tapi tu masalah sy sendiri jugak cz still xleh stdy&wat exm dgn elok..=(
ape pon mmp doa pada Allah je…cm mengharapkan sebuah keajaiban lagi…****

(dan tidak ade kemenangan itu, selain Allah Yg Maha Perkasa, Maha Bijaksana.)

Sebenar2nya segala pujian terima kasih itu hnya untuk Allah, jawablah dgn ucapan Alhamdulillah…
~kalau jawab sama-sama..ape maksud dia?hehe


kebenaran itu mungkin pahit untuk dicapai,
ia manis untuk dikenang...
katakan lah yg benar walaupun pahit...

apepun sape yg rajin blh tgk lagi sambungan tafsir dlm surah tersebut..
al quran sebenarnye mukjizat, dn membawa petunjuk
bagi kite..semoga kite semua didalam keberkatan dan sinar kebenaran..

ya allah ampunilah dosa2 kami!
*serik kena cakap pasal cahaya kebahagian dlm keadaan mamai~(ni kena kat diri sendiri ni)

Monday, June 1, 2009

nabda' bi nafisi...

Orang-orang Yahudi yang benar-benar mengkaji kitab Taurat memang menyedari bahawa suatu masa nanti, mereka juga akan dikalahkan oleh umat Islam. Tetapi bersyarat! Apakah syaratnya?

“Jangan harap umat Islam seluruh dunia akan menang, selagi bilangan jemaah solat fardhu subuh di masjid tidak sama ramainya dengan bilangan jemaah ketika solat fardhu Jumaat.”
(http://noorehsan.blogspot.com/2009/01/dunia-palestin.html)

di suatu jumaat...
solat jumaat...


walaupun masjid itu kecil,
dibentangkan tikar,
malah mereka(ramai) solat di bawah cahaya matahari yg terik.
menghadap kiblat yg sama,

sama2(ramai) sujud dan ruku' kpdNya.
subhanallah!

keesokkan harinya,
dimasjid yg sama...


jemaah subuhnya, mampu dihitung dgn jari..
kemana pegi yg lainnya?


bg kaum lelaki sgt dituntut untuk solat berjemaah di masjid,
bg akhwt, laksanakanlah jemaah di rumah...
(andai diri ini juga dituntut unt solat berjemaah di masjid..rindunye masjid...)

sesungguhnya solat itu lambang dan sumber kekuatan,
seorg yahudi percaya(menilai) dgn kekuatan solat dan berkata demikian,
so cmne dgn kita yg melaksanakan(menilai) solat 5 kali sehari?!
teguhkan iman, yakinlah pada ISLAM...

"Islam berjuang tanpa senjata, kerana faktor kekuatannya tersembunyi disebalik hakikat yg unggul, dalam kesederhanaan, kejelasan dan kelengkapannya,
dalam keserasian dgn fitrah manusia dan dlm kesanggupannya memenuhi keperluannya yg hakiki"

kekuatan=solat, dan ibadah lain.


“Kamu bukannya sedikit, tetapi kamu seumpama buih-buih dilautan. Allah meletakkan penyakit ‘al-wahn’ di dalam hati2 kamu. Mencabut perasaan takut dalam hati2 musuh kamu kerana kamu cinta kepada dunia dan kamu benci mati.” (sahih- Hr Ahmad, Abu Daud dan lain2)

~SCENT OF PALESTINE, SCENT OF JANNAH~

Friday, May 29, 2009

haiyya ala as solah!

haiya ala as solah!
marilah menunaikan solat!
marilah menunaikan solat!

(bile dgr ni time azan kena jawab,
'la hau lawala quw wataillah billahi aliyyil 'azim'
=takde dayaupaya/kekuatan melainkan pada Allah yg maha agung

solat, dr perkataan solla, [sod-lam-ya]
maksud dia ,
selawat, doa.
manakan pula, dr segi istilah@yg dikehendaki syarak ialah,
beberape perkataan dan perbuatan yg dimulakan dgn takbir dan diakhiri dgn salam.

syarat wajib(wajib=wat dpt pahala, tinggal berDOSA) solat:
1.islam-org kafir sembahyang pon xkan sah.
2.baligh-cukup umur, dah 7 tahun tu kalau xsembahyang lagi kena rotan.
3.berakal-normal brain fx, xwajib dah kalau gile.
4.suci-dr haid n nifas(hadas besar), ni u perempuan, Allah Bagi Cuti.dah la xyah solat, xyah gnti plk.
5.sempurna pancaindera-xwajib kalau asal kejadian buta n tuli.cmne nk blaja sembahyang kalau xnmpk n xdgr.
6.sampai seru-yakni seruan islam. kalau xsmpi seru tu nonmuslim=kafir la dia tu.

syarat-syarat SAH solat:(kalau xde ni, xbetul la solat)
1. suci dr hadas kecil n besar,hadas kecil blh suci dgn wudhu'/air sembahyang
hadas besar plk sucikan dgn mandi wajib.
2. suci badan, pakaian n tempat nk solat.suci dr najis yg xleh di maafkan.
3.tutup aurat-dalam solat, mesti tutup aurat, kalo L, anggota bdn dr pusat hingga lutut, P plk, seluruh badan kecuali muka n tapak tgn.
4.tahu dgn yakin masuk wktu u solat fardhu yg nk didirikan.
5.menghadap kiblat.

sumber:panduan lengkap ibadah solat, johari Alias.

Wednesday, December 3, 2008

Neurosystem~mencabar!

Teruskan lagi proses untuk menambahkan ingtan ape yg dpt kat lect. Alhmdlh, cara stdy grp cover satu minggu pelajaran.plg tidak yg tak sempat nak revise u hari tersebut dapat juga direvise pada mgu tu.
Semalam stdy grp. Memandangkan sume agak sibuk, mlm tu smpt gak buat. Dlm kepenatan tu, mcm2 la tersasul.

Revision physio, oleh sedari Zda.
"Headache~all structure richly supplied by the 5th cranial nerve(V) above the tentorium and the 2nd cervical nerve below the tentorium(C2). Both A and C fibre are found in the nerves, so both fast localized and slow, aching types of pain are transmitted.

A , C

Baca kuat2!

Nmpk biasa je, tapi tak mustahil jugak kalau ade yg terbaca 'alpha D'(D, walaupun sebenarnya ia sepatutnya 'A delta, C'A,C

Penat atau keliru?

***unconscious condition,dalam keadaan tidak sedar***

Dualisme personality.
Unconscious personality?

Ade dua macam bentuk peribadi remaja sekarang. Ibadat danb solatnya bersumberkan Al quran dan sunnah, namun sosialnya bersumberkan video dan barat.?
Ape yang lebih pendedahannya akan lebih mempengaruhinya.

Sesungguhnya agama islam itu syumul!
solat itu mencegah perbuatan munkar.

[post expired]
post exam syndrom, lepas exam dan bakal bercuti eid al adha, agak2 susah nak buka buku.huhu
stdy grp mgu ni xwat lagi.

Wednesday, November 26, 2008

ukhwah

hari ni g dengat tazkirah pasal ukhwah, kat asrama.(oleh sedari zda).

Macam-macam cth pasal ukhwah, perhubungan kasih sayang kerana Allah, ketaqwaan, saling tolong menolong, ambik berat pasal kawan.dan soal hubungan saudara dengan saudara seislam di Palestin. Tak larat nak masuk semua kat sini.
(mungkin benda biasa yang kita dengar, tapi seolah tak biasa untuk di amalkan…?!)

Dan terfikir, walaupun perkara soal ukhwah ni dah biasa dengar, sejak zaman sekolah dulu, kenapa ade yg susah nak praktikan?

Cth; hak2 ukhwah:

1.memberi salam
2. menjawab salam
3. ziarah sahabat yang sakit
4. iringi jenazah
5. penuhi undangan
6. doakan sahabat apabila bersin
7. tolong org yang dizalimi
8. perhatikan nasihat yang diberi
9. tolong ketika sahabat dalam susah.

Ok, survey. berapa daripada 9 ni yang kite @ saya buat?

[Nombor satu pun cam keliru boleh tanda k-cz xsemua org yg jumpa bagi salam]

Wednesday, September 17, 2008

main imaginasi!


Apa khabar semua?
Jawab sentiasa sihat dan penuh bersemangat! Bak kate Dr. HM Tuah Iskandar. Bukan sebab nak bangga diri @ nak menunjuk ke ape, tapi nak bagi motivasi kepada diri sendiri. Lebih-lebih lagi untuk rangsangkan minda bawah sedar @ subconciuos mind! Merujuk kepada buku Membina Imaginasi Cemerlang, kawalan dari subconscious mind lebih menguasai diri kita berbanding conscious mind! Dah nama subconscious, kite pun tak tau sampai tahap mana dia boleh control, n kalau conscious mind, sapa yg boleh kate dia sentiasa 100% semangat sepanjang masa?paling hebat pun akan ade jugak mase turun naik nya[personal view].

So, sesiapa yg pakar dalam bermain imaginasi adalah seorang yg bermotivasi dan bersemangat. Itulah kuasa imaginasi menurut buku tersebut [ni dah lama dulu bace, lebih krg cmni la kot dia kate]. Sapa sangka dengan imaginasi seseorg tu boleh Berjaya, jgn angan-angan Mat Jenin dah la. Jawab dengan penuh semangat, boleh rangsangkan minda kita untuk mencapai cita-cita, matlamat, hasrat, kehendak,impian, azam dan target! [tak ikut turutan Dr. Tuah]

Suatu malam tu, tengah2 ngantuk, tetiba ade msg dr seorg adik kot..dia tak kenal kan diri pon..hehe, malisy ya. N thanks gak la,lps tu hilang ngantuk J
Tak pe dik, byk lagi tempat kalau nak sambung study. Yang talk sebelum ni mmg nmpk cam nak promosi Timur Tengah je, sebab kami sume dari Timur Tengah. Kalau tak Mesir, Jordan. J N dr talk tu, alhamdulillah blh bg pendedahan kepada adik2 tntg pengajian kat sana. Dgr cerita pengalaman org, [bukan sy je, semua2 tu la ye] dah macam diri sendiri yg rasa. Sejarah ada buktikan, Tanah Arab ni dulu penah jadi sumber ilmu. Lps Zaman Gelap, mula Zaman Renaissance, byk ilmu dr para ilmuan Islam di Timur Tengah antaranya diceduk n dibawa ke Barat dan diperkenalkan sebagai penemuan oleh Barat.[kalu tak silap la, kalau salah tolong betulkan ya]

Persoalanya, sekarang kenapa ramai saintis barat mendahului saintis islam dalam penemuan yang berkaitan Al Quran?
Betul gak kan…kenapa ya?

Padahal quran tu kitab bagi umat islam. ~Sudutan dr talk di Naim [Sek. Men. Keb. (Agama) Naim Lilbanat] dalam rukun iman (beriman kepada=percaya kepada), kita ada :

1. percaya kepada Tuhan (Allah, ade lagi 99 nama)
2. percaya kepada Malaikat (berape ek?adui)
3. percaya kepada Kitab (Al quran n kitab2 yg pernah diwahyukan)
4. percaya kepada Nabi (wajib tau 25 nabi)
5. percaya kepada Qada' n Qadar (D.U.I.T)
6. percaya kepada Hari Kiamat (ntah bile)

Semua kita wajib percaya![percaya betul2 la, dgn yakin.dah nama pun wajib percaya] Tapi dalam semua yg wajib kite percaya tu, hanya satu yg benar2 wujud, nmpk n dah berlaku kat muka bumi ni, iaitu AL QURAN! Menabjukkan!

Ia adalah salah satu mukjizat teragung Rasulullah S.A.W.

Kiranya, Al Quran tu mukjizat teragung Nabi S.A.W n untuk umat2 nya jugak la kan. N kat mane kita letak Al Quran kat dalam diri sekarang? Dah sah sabagai kitab paling agung, sahih, terjaga dari sebarang kesilapan n sabotaj, mengandungi sejarah silam, kisah para anbia', hamba2nya yg soleh, kisah yg sedang dan bakal berlaku, pengajaran, balasan, janji yang benar, syurga n neraka, ilmu yg diluar jangkauan manusia dan sebagainya! Subhanallah, tak terungkap Maha Hebat Allah S.W.T! selaku tuan empunya Al Quran, blh kate penulis la[betul k?]

Sepanjang ramadhan ntah yg ke berapa kali dah kita smbt ni, dah berapa kali khatam Al Quran? Dah berbelas-belas kali pun mungkin ade… n berapa kali dah khatam bace tafsir Al Quran?! Baca je tak faham makna, boleh jadi rugi kite sebagai umat yg percaya kepada Al Quran. [Tup2 nnt tuanNya dah nak angkat balik Al Quran tu.] Sebab tu tak hairan bile ade pihak Barat yg sanggup belajar Bahasa Arab dan mendalaminya untuk memahami seni bahasa yg sgt indah, dan unik, yg digunakan dalam Al Quran! Dah byk peristiwa2 benar dr Al Quran, dan menambah keyakinan mereka untuk mengkaji Al Quran dgn bersungguh, dan pasti mereka yg Berjaya menemui hikmah2 didalam Al Quran tersebut. Cth:Gary Miler, T.Jusen …siapa yg berusaha pasti akan Berjaya! Man jadda wa jada!
Berapa ramai pula dikalangan kita yg benar2 berusaha?

Lanjutan dr kajian n penemuan drpd Al Quran tu, ada dikalangan Prof2 yg akhirnya terbuka hati untuk menerima cahaya iman…[tak dapat nak list nama,tak ingat].
Org2 cmni la yg berkualiti untuk agama, menyumbang untuk umat…tak macam hadis nabi yg kate umat di akhir zaman macam buih2 di lautan. Banyak, tapi mudah pecah.

Dan dalam masa yg sama juga[sebelum ni], heboh pasal 100,000 ribu umat Islam murtad! [Sy tak dpt pastikan sumber nye sahih ke x, Cuma info dr ceramah2 n artikel lain.] dr segi kuantitinya sangat besar dan memeranjatkan, namun kualitinya siapa tahu. Tak heran kalau si mat n minah rempit, kaki judi@ kaki botol, bangkai bernyawa @ sewaktu dgnya, kerana golongan ni mmg imannya dah setipis kulit bawang. Tapi ia juga mungkin sebuah propaganda yg ingin memporak porandakan umat yg lemah imannya. Semoga kita dijauhkan, dilindungi dan dikuatkan iman dijalannya yg benar! Nauzubillah min zalik.

Sunday, September 7, 2008

TAMADUN MANUSIA


Tamadun kemanusiaan

Bicara tentang tamadun, tergambar tamadun-tamadun besar dunia, yang jatuh bangunnya tercatat didalam lembaran sejarah. Mesopotamia, Mesir Purba, Rom, Parsi dan lain-lain yang dahulunya pernah dijulang namun kini tenggelam. Keagungan dan kejatuhan tamadun tersebut masih dikaji dan diperhati. Hidup umpama roda~begitulah sebuah analogi yang untuk sebuah kehidupan.Jatuh dan bangun. Atas dan bawah. Bagaimana kita? Menjelang keputusan peperiksaan diumumkan, segala usaha-usaha dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan terlintas kembali. Apakah hasilnya, adakah berbaloi? Pernahkah terfikir bagaimanakah nanti apabila kita akan dibentangkan natijah kehidupan didunia?
Dunia juga sebuah ujian. Silibusnya dari Al-Quran dan As-Sunnah. Masanya dari dilahirkan sehingga meninggal. Pemeriksanya Malaikat Munkar dan Nakir. Natijahnya antara dua,lulus atau gagal sahaja, iaitu Syurga @ neraka. Adakah debarannya seperti menunggukan keputusan peperiksaan? Atau lebih lagi? Yang tiada siapa tahu bila masanya…dari Allah kita datang, kepada Allah kita kan kembali.

Persiapkan diri, bekalkan harapan dan usaha yang gigih. Keputusannya menunjukkan kepada kita hasil usaha. Hidup perlu diteruskan, perjalanan masih jauh. Kepada yang berjaya tahniah dan teruskan berjaya, kepada yang belum berjaya tingkatkan usaha, peluang masih terbuka.tiada putus asa, ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kejayaan menunggu dihadapan. Sama-sama kita soroti muhasabah pengajian, tajdid niat belajar dan exam. Analisa-analisa tidak rasmi dikeluarkan, mungkin kerana gred dinaikan, soalan yang lepas mengandungi masalah untuk diselesaikan (problem solving), tambahan pula masih tidak biasa dengan soalan problem solving dan sebagainya. Inilah ujian yang memerlukan kita bersabar dengannya.

"Apa semua nie, tidak berbaloi semua hasil usaha aku selama ini…ini tidak sepadan, ada kesilapan, soalan tidak patut yang keluar, maklumat yang dikehendaki sangat detail, tidak memadai untuk menjadi doktor, ada yang tidak diajar didalam kuliah…tapi tidak apalah, aku kena sabar dengan apa yang terjadi..sabar sahajalah…"
Adakah ini dikira sabar?
"الصبر في الصدمة الأولي"
'Sabar itu pada kejadian (insiden) yang pertama'
Inilah sebenarnya sabar. Insiden pertama itulah sebenarnya penilainya. Reaksi serta tindakannya apabila sejurus mendapat keputusan. Seorang yang bersabar, bersifat tenang, redha, dan memenuhi hak pada yang patut. Apa yang baik hasil usaha kita dengan izin Allah jua, ucapan “الحمد لله علي كل هذا” mendahului. Apa yang kurang memuaskan, didahului إن لله وإن إليه راجعون"" sesungguhnya kita dari Allah aku datang dan kepada Allah aku akan kembali.

Doa,usaha,ikhtiar dan tawakal memerlukan kita bersedia. Fizikal dan mental.. Memetik kata-kata Dr. Kursiah bt. Mohd Razali (K.Yong) "Bila mana kita masuk je course medic ni, at the first day tu la kita prepare tuk exam." Hari pertama kita mendaftarkan untuk mengambil perubatan, maka pada hari itulah juga bermula proses kita untuk menjadi seorang doktor. Doktor bagaimanakah yang diigini?
Komited dengan pengajian, menghadiri kelas-kelas,program-program dan kuliah yang diadakan. Menghadiri majlis ilmu dan mencari ilmu. Berfikir untuk berhadapan dan menyelesaikan. Mengadapi ujian, gagal dan berjaya. Andai terlintas rasa putus asa segera kembali kepada tujuan dan matlamat asal.

Ya, sentiasa bersedia,STAND BY!
Dan kita perlu STAND untuk saudara-saudara kita di Palestin. Mereka berperang dengan batu dan kayu, senjata kita disini pen dan kertas. Ilmu yang tersemat didada dan diamalkan lebih hebat dari kapal terbang dan kereta kebal musuh. Setiap masa mereka bersengkang mata berjaga, kita bersengkang mata juga menggali hikmah disebalik mutiara-mutiara medic.
"Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takutkanya, menuntutnya adalah ibadah, membincangkanya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah, dan memberi belanja kepada ahlinya adalah kurbah.”
-Hadis rasulullah.

Diawal tadi saya membuka dengan tamadun manusia, sebenarnya ia adalah akhlak kita manusia. Tamadun inilah yang dikaji sekarang. Gahnya bunyi, tapi inilah fokusnya. Tamadun manusia dalam menuntut ilmu kita seharusnya mengikhlaskan niat, membincangkan tentang akhirat dan mengaitkannya dengan dunia;bukan sebaliknya, menghilangkan jahil didalam diri;mempelajari apa yang tidak diketahui, merendah diri dengan guru dan pensyarah, istiqamah iaitu berterusan mengingatkan diri dengan tuntutan pelajaran, tanpa terlintas sekalipun untuk berseronok semata-mata., tidak merasa jemu, tamak untuk mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin, dan akhir sekali doa. Mahukah nanti andai generasi hadapan mengkaji tamadun kini yang dihiasi Alvin And The Chipmunk, Street Kings, Windstruck, My Sassy Girl, Full House, clubbing, chatting tidak berfaedah dan sebagainya yang tidak mampu terungkap disini. Adakah tamadun bentuk ini akan mampu menjulang bangsa , negara dan agama? Muhasabahlah…
Alhamdulillah result dah keluar
walaupun dapat seciput..pastikan result sendiri graf dia naik..
=)

Friday, May 2, 2008

walt disney haeven

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Berikan aku hidayahMU yang menjadi rebutan setiap orang yang bertaqwa…
Amin…

Sekian lama telah saya tidak menulis.pelbagai idea terkumpul dalam kepala, tapi sekadar terkurung didalam skull, tidak menemui foramen yang sesuai untuk ditembusi.tak mampu diungkapkan sebagai kalam-kalam yang mampu difahami oleh orang lain….tidak cukup kekuatan untuk menterjemahkan…

Seingat saya paling akhir saya berkongsi pandangan tentang sesuatu adalah pada akhir sem lepas, sebelum bermulanya study week untuk final exam.

Walt Disney's heaven?

Kenal walt Disney?
Pasti, saya antara peminat 'tak setia' walt Disney. Kartun dan movie yang disiarkan menarik dan membuat saya tertarik untuk mengikutinya, dan ternyata ia lebih membuatkan saya berfikir…

Saya diajak untuk join marathon movie, ok…I'll open my mind and try to get thru it…
First movie, enchantered…dari awal, dan akhirnya(sebenarnya on da way), dalam masa kurang setengah jam saya dah 'hilang' dari panggung.
Buka YM,dan status saya

Cinderella + snow white + rattatouil = enchantered

Inilah kesimpulan yang saya dapat selepas tak sampai setengah jam.

Ramai yang menegur status saya:
"wah, marathon movie ke?"
"fuyoo cartoon..best tu.mana dapat?"
Sehingga kawan-kawan yang tidak pernah chat dengan saya juga menegur.
Begitu menarik sekali status ini ya…hmm…

Ada jugak yang menegur,
"wat pe….takkan tengok katun?"
Hehe…ya saya tengok kartun, tapi bagi saya bukan sekadar tengok, kerana ia lebih membuatkan saya resah. Ada maksud disebalik status itu.

Saya tak tengok semua kartun tersebut pun, pada malam itu saya hanya tengok enchantered, yang tak sampai setengah jam. Cinderella dan snow white saya pernah tengok masa zaman budak-budak dulu, rattatouil saya cuma dengar synopsis dari orang yang pernah tengok(ma'lisy, saya tak lalu tengok tikus yang masak kat dapur)

Kenapa '= enchantered'?
Anda pernah tengok enchantered? Cerita-cerita yang saya sebutkan sebelumnya ada kaitan dengan enchantered kan?
Sedikit synopsis, (dari saya yang tengok tak sampai setengah jam) enchantered cerita separa kartun dan manusia, membawa watak-watak dari Cinderella, snow white dan rattatouil. Watak utama dari cerita enchantered dibawa ke dunia nyata, sebagai seorang princess yang cantik, dan tidak tahu menahu tentang kehidupan di dunia nyata ini.sehingga akhirnya…? Tak perlu tanya saya. yang saya tahu, pengolahan sangat, menarik dan make us to know n stick infront the lap top!dan mungkin untuk menaplikasikanya..nauzubillah.

Saya ingin mengajak anda berfikir…dan saya andaikan semua tahu dan arif cerita-cerita yang saya sebutkan itu(sekurang-kurangnya cinderella dan snow white..saya la tuJ)pasti anda semua pernah khatam beberapa kali cerita-cerita tersebut.
Andai saya minta untuk menceritakan semula synopsis setiap cerita tersebut, pasti anda boleh menceritakannya dengan lengkap dari awal hingga akhir tanpa tertinggal satu point pun! Dare?!

Ok, contohnya saya sendiri,(sesiapa yang dah ingat dan tahu, tak perlu baca synopsis di bawah, saya pasti anda semua lebih arif!)

Cinderella, seorang suami yang kematian isteri, meninggalkan anak perempuan, Cinderella dan si ayah.si ayah berkahwin lain, dapat emak tiri dan kakak tiri, emak tiri pulak jahat, selalu buli Cinderella suruh buat kerja-kerja rumah,kena mop lantai, cuci dapur, bagi makan haiwan ternakan, Cinderella rindu kat mak dia…sampai suatu masa putera nak cari jodoh, so adakan tarian…dengan kuasa fairy god mother, Cinderella boleh pergi juga…tup tup putera tu terkenan kat Cinderella, Cinderella pulak kena balik dah, dah pukul 12 malam, nanti dia akan tertukar jadi perempuan mop lantai semula…lari-lari tertinggal kasut kaca dia, putera tu pun usaha la untuk cari Cinderella…saya tak larat la nak cerita…semua dah tahu kan?
(kalau ada tambahan untuk synopsis nie…tafadhalJ)

Di atas tadi saya ada mengatakan mungkin untuk aplikasikan apa yang kita tengok.
Manusia adalah apa yang mereka lihat dan buat. Dari sesetengah sudut, jika kita mempunyai pemikiran yang sama, boleh dikatakan ia dapat meracuni pemikiran dan membentuk suatu mind set.
Ayah cerai,
Ayah nak kawin lain,
Dapat mak tiri, mak tiri=jahat. Saya tak nak!

Mungkinkah ini akan berlaku?

Nauzubillah, tapi saya suka untuk thinks for the worst.
Jarum-jarum halus kafir tidak pernah berhenti. Dan seingat saya ada satu ayat quran yang suruh kita berjaga-jaga dengan setiap peranan orang yahudi ini.
Sedarkah anda walt Disney juga sebenarnya dibawah kelolaan yahudi?

Andaikan sekiranya new generation di Malaysia yang lebih dihidangkan dengan cerita-cerita sebegini, bagaimana nanti pembentukan mereka?cinderella, snow white, rattatouil, rapunzel, shrek, tak berani nak cakap banyak sebab saya tak tengok semua.

Seingat saya, saya juga pernah mengikuti siri-siri kisah anbia, dan saya akui tak semua saya ingat, sedangkan kita wajib tahu 25 rasul.
Sekarang, saya mempersoalkan kepada diri saya, dimana kedudukan kisah para anbia berbanding prince n princess dalam walt Disney(and others movies) yang mana lebih banyak ditonton, dan teladan yang diambil?
Terasa hinanya diri ini…

Pendapat saya dari cerita tadi, melalui islam, suami yang kematian isteri boleh berkahwin lain, untuk menjaga kebajikannya, anak-anak dan ibu tunggal tersebut.
Anak-anak akan terjaga keperluan dan kasih sayang. Membesar dengan penuh perhatian. Seterusnya, membentuk jiwa seorang muslim yang mantap, membina keluarga muslim yang kukuh, masyarakat muslim yang harmoni dan seterusnya Negara muslim yang aman.insyaallah.

Melalui Cinderella, jiwa anak-anak kecil ditanam dengan mak tiri yang jahat, tak inginkan mak tiri, seterusnya membesar dengan kesibukan dan kesempitan masa si ayah, kurang perhatian dan mula mencari haluan sendiri…runtuh satu institusi kelaurga. Andai ini yang berlaku,di mana Negara muslim yang diimpikan andai satu functional unit tidak terbentuk?disamping apa yang saya bincangkan disini banyak lagi sudut lain yang mempengaruhi pembentukan mind set.sama-sama luangkan sedikit masa untuk memikirkannya…

Sungguh licik dan jahat orang yahudi ini, mereka tidak mempengaruhi pemikiran orang-orang dewasa yang pastinya bijak dan berfikir tentang usaha keji mereka…tapi jiwa suci anak-anak kecil inilah yang dihidangkan racun dengan alasan sebagai hiburan di masa lapang.mana tidaknya, setiap minggu pasti ada cerita-cerita walt Disney dan lain-lain yang disiarkan. Walaupun cerita yang sama diulang-ulang, tetap memenuhi first list movie adik-adik kita (atau mungkinkah kita sendiri).
Bila difikirkan balik, seolah-olah orang islam sendiri yang menjadi ejen untuk menghidangkan hidangan resepi yahudi itu.

Dari sebuah cerita yang berunsurkan hiburan, sebenarnya satu rancangan rapi untuk menjatuhkan umat islam, seolah mustahil! Perkara ini mungkin hak kecil, tapi impaknya sangat besar. Fikirkanlah kesan dan hasil jangka panjangnya. Mungkin ada setengah pihak yang tidak bersetuju dengan saya, speak it out!
Satu hidangan yang lazat, tiba-tiba dengan sentuhan berbeza adakah racun yang berbisa. Siapa yang dapat menerima?
Nilailah dengan hati yang tenang, dengan iman dan akal yang sahih. Kita dikurniakan akal untuk berfikir, musuh kita juga berfikir.at setiap masa akan ada musuh-musuh islam yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan umat islam…jadi apa persediaan kita?
Marathon movie sampai 2-3 pagi?
Dereten folder cerita yang taks sempat tengok?
Atau sebaliknya.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
#sekadar cetusan minda.