Sunday, September 7, 2008

TAMADUN MANUSIA


Tamadun kemanusiaan

Bicara tentang tamadun, tergambar tamadun-tamadun besar dunia, yang jatuh bangunnya tercatat didalam lembaran sejarah. Mesopotamia, Mesir Purba, Rom, Parsi dan lain-lain yang dahulunya pernah dijulang namun kini tenggelam. Keagungan dan kejatuhan tamadun tersebut masih dikaji dan diperhati. Hidup umpama roda~begitulah sebuah analogi yang untuk sebuah kehidupan.Jatuh dan bangun. Atas dan bawah. Bagaimana kita? Menjelang keputusan peperiksaan diumumkan, segala usaha-usaha dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan terlintas kembali. Apakah hasilnya, adakah berbaloi? Pernahkah terfikir bagaimanakah nanti apabila kita akan dibentangkan natijah kehidupan didunia?
Dunia juga sebuah ujian. Silibusnya dari Al-Quran dan As-Sunnah. Masanya dari dilahirkan sehingga meninggal. Pemeriksanya Malaikat Munkar dan Nakir. Natijahnya antara dua,lulus atau gagal sahaja, iaitu Syurga @ neraka. Adakah debarannya seperti menunggukan keputusan peperiksaan? Atau lebih lagi? Yang tiada siapa tahu bila masanya…dari Allah kita datang, kepada Allah kita kan kembali.

Persiapkan diri, bekalkan harapan dan usaha yang gigih. Keputusannya menunjukkan kepada kita hasil usaha. Hidup perlu diteruskan, perjalanan masih jauh. Kepada yang berjaya tahniah dan teruskan berjaya, kepada yang belum berjaya tingkatkan usaha, peluang masih terbuka.tiada putus asa, ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kejayaan menunggu dihadapan. Sama-sama kita soroti muhasabah pengajian, tajdid niat belajar dan exam. Analisa-analisa tidak rasmi dikeluarkan, mungkin kerana gred dinaikan, soalan yang lepas mengandungi masalah untuk diselesaikan (problem solving), tambahan pula masih tidak biasa dengan soalan problem solving dan sebagainya. Inilah ujian yang memerlukan kita bersabar dengannya.

"Apa semua nie, tidak berbaloi semua hasil usaha aku selama ini…ini tidak sepadan, ada kesilapan, soalan tidak patut yang keluar, maklumat yang dikehendaki sangat detail, tidak memadai untuk menjadi doktor, ada yang tidak diajar didalam kuliah…tapi tidak apalah, aku kena sabar dengan apa yang terjadi..sabar sahajalah…"
Adakah ini dikira sabar?
"الصبر في الصدمة الأولي"
'Sabar itu pada kejadian (insiden) yang pertama'
Inilah sebenarnya sabar. Insiden pertama itulah sebenarnya penilainya. Reaksi serta tindakannya apabila sejurus mendapat keputusan. Seorang yang bersabar, bersifat tenang, redha, dan memenuhi hak pada yang patut. Apa yang baik hasil usaha kita dengan izin Allah jua, ucapan “الحمد لله علي كل هذا” mendahului. Apa yang kurang memuaskan, didahului إن لله وإن إليه راجعون"" sesungguhnya kita dari Allah aku datang dan kepada Allah aku akan kembali.

Doa,usaha,ikhtiar dan tawakal memerlukan kita bersedia. Fizikal dan mental.. Memetik kata-kata Dr. Kursiah bt. Mohd Razali (K.Yong) "Bila mana kita masuk je course medic ni, at the first day tu la kita prepare tuk exam." Hari pertama kita mendaftarkan untuk mengambil perubatan, maka pada hari itulah juga bermula proses kita untuk menjadi seorang doktor. Doktor bagaimanakah yang diigini?
Komited dengan pengajian, menghadiri kelas-kelas,program-program dan kuliah yang diadakan. Menghadiri majlis ilmu dan mencari ilmu. Berfikir untuk berhadapan dan menyelesaikan. Mengadapi ujian, gagal dan berjaya. Andai terlintas rasa putus asa segera kembali kepada tujuan dan matlamat asal.

Ya, sentiasa bersedia,STAND BY!
Dan kita perlu STAND untuk saudara-saudara kita di Palestin. Mereka berperang dengan batu dan kayu, senjata kita disini pen dan kertas. Ilmu yang tersemat didada dan diamalkan lebih hebat dari kapal terbang dan kereta kebal musuh. Setiap masa mereka bersengkang mata berjaga, kita bersengkang mata juga menggali hikmah disebalik mutiara-mutiara medic.
"Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takutkanya, menuntutnya adalah ibadah, membincangkanya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah, dan memberi belanja kepada ahlinya adalah kurbah.”
-Hadis rasulullah.

Diawal tadi saya membuka dengan tamadun manusia, sebenarnya ia adalah akhlak kita manusia. Tamadun inilah yang dikaji sekarang. Gahnya bunyi, tapi inilah fokusnya. Tamadun manusia dalam menuntut ilmu kita seharusnya mengikhlaskan niat, membincangkan tentang akhirat dan mengaitkannya dengan dunia;bukan sebaliknya, menghilangkan jahil didalam diri;mempelajari apa yang tidak diketahui, merendah diri dengan guru dan pensyarah, istiqamah iaitu berterusan mengingatkan diri dengan tuntutan pelajaran, tanpa terlintas sekalipun untuk berseronok semata-mata., tidak merasa jemu, tamak untuk mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin, dan akhir sekali doa. Mahukah nanti andai generasi hadapan mengkaji tamadun kini yang dihiasi Alvin And The Chipmunk, Street Kings, Windstruck, My Sassy Girl, Full House, clubbing, chatting tidak berfaedah dan sebagainya yang tidak mampu terungkap disini. Adakah tamadun bentuk ini akan mampu menjulang bangsa , negara dan agama? Muhasabahlah…
Alhamdulillah result dah keluar
walaupun dapat seciput..pastikan result sendiri graf dia naik..
=)

No comments: