Friday, February 29, 2008

sebuah berita yang besar, an naba'

seterusnya,

sambung pula tafsir, annaba'
hari kiamat, dari tafsir munir.
tiupan sangkakala yang pertama semua makhluk yg hidup akan mati,
sangakakala kedua, dihidupkan kembali untuk kehidupan yang tiada kematian(abadi)

"(yaitu) pada hari (ketika) sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong-bondong"(an naba':18)
kemudian langit terbelah,seolah-olah pintu yang dibuka.
"Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,"

gunung-gunung menjadi fatamorgana..
ditafsirkan sebagai padang masyar..
"Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir."

penghitungan amal perbuatan dilaksanakan.
masing-masing mendapat ganjaran, bergantung kepada apa yang dibuatnya...


diceritakan juga nikmat syurga,

(gmbr hiasan shj)

sesungguhnya syurga dan neraka adalah dua dari perkara ghaib yang wajib kita percaya, dari rukun iman yang ke-4 iaitu beriman kepada Hari Kiamat,

dalil dari Allah mengukuhkan,
"Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)! "


"Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)"."


rintihan dari orang kafir, penyesalan yang tiada gunanya, sehingga sanggup mengatakan mereka ingin menjadi tanah. di dalam ayat ini, tanah kerana di hari pembalasan nanti semua penganiyaan terhadap binatang akan dibalas balik, sehingga semuanya menjadi adil, 0=0...dan akhirnya semua binatang akan menjadi tanah.

namun bagi orang kafir, mereka akan terus menerima balasan kerana hidup di 'sana' adalak kehidupan yang abadi...bersyukurlah teman dan diriku sendiri dengan rahmat Islam dan iman yang dimiliki...sesungguhnya Islam dan Iman adalah satu rahmat bagi kita..jadi bagaimana kita menghargainya?

pelajarilah, dan sebarkan lah walau satu ayat.

end of the holiday!

hari nie 29 feb2008

wah...jarang boleh jumpa tarikh 29 feb nie

apa pun seminggu cuti kali ini sangat bermakna buat saya,


walaupun saya agak kepenatan...sangat penat.

tapi saya rela...




kerana sebuah kepenatan akan hilang, tapi harga sebuah pengalaman tidak akan luput!

sebelum bermulanya cuti saya berada didalam keadaan dilema yang amat sangat.

pakej percutian(trip) oleh pihak U sangat menarik, bayaran separuh harga dan bermalam di cruise selama 3hari dan melawat tempat bersejarah...


VS plan asal saya nak pusing cairo...



atas cruise sgt menarik, tapi saya tak fikir saya mampu melihat batu dan pasir di sini lagi.

tambahan pula dengan kalam sahabat, menziarahi ciptaan firaun seolah mengagungkan ciptaan tersebut pula...dan kalam ustazah yg memang tidak bersetuju 700LE dihabiskan untuk tengok batu, patung dan temple.




no hal, masing2 ade matlamat sendiri.

dan saya dengan misi saya untuk jelajah Cairo...kampung saya kat mesir ni sebab bumi Cairo tempat mula2 saya menjejak kaki di mesir ini.


dan peluang untuk saya mencari diri saya yang sebenar tanpa 'sahabat' di sisi...



saya harus menjadi diri sendiri!





sebaik sahaja tamat exam oral commed, bertolak ke Cairo!




tak sempat tunggu ICDL, ma'lisy la

malam tak disia-siakan...

kebetulan sahabat disana ade SC bersama k.mai...

ape lagi peluang ilmu terhidang,

saya join bersama menikmati..


alhamdulillah pengisian buat hati yang kosong selepas lama di tingalkan..

gara-gara final exam.




usrah=SC



pada malam itu, k.mai mnghidangkan hadis berkenaan ihsan.

maksud ihsan,



"bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. jika kamu tidak melihat-Nya, sesunggunhnya Allah melihat kamu."



beribadat seharian ikhlas semata-mata kerana Allah, dan bersabar dengan setiap kerenah manusia yang dihadapi...

jika benar kita beribadah kerana Allah,tiada ganjaran diharapkan melainkan dari Allah...



dan konsep sabar disini adalah selagi tidak mencemarkan maruah.

al-quran dan sunnah tetap dipegang, sabar ada peringkatnya...


antara maruah dan marah mesti dijaga.


bicara tentang ihsan, Rasulullah laknat orang yg tidak ihsan,

walaupun terhadap binatang.

satu persoalan timbul.binatang seperti kuda keldai dll disini dipukul untuk buat kerja,

jadi di mana ihsannya disini?


sebenarnya

antara manusia dan haiwan ada respon yg berbeza


kenapa ya?

haiwan ada deria sakit,

berbeza dgn manusia...

sebab manusia dianugerahkan deria sakit dan perasaan

apabila dicubit,

oleh seorang ibu yang garang,

oleh seorang gurauan seorang sahabat,

ada respon yang berbeza.



aplikasi ilmu medic juga,
cara hukuman bunuh dilaksanakan keatas pesalah,

biasanya ada dua cara,

1.kerusi elektrik-kejam dan menakutkan

2.hukuman gantung?

3.yg terbaru....suntikan potasium(K)!

...kenapa potasium?

badan manusia boleh tolerate potasium sebanyak 2-3 mg

(kalau xsalah unit..kalau silap tolong inform)

apabila melebihi 6mg akan menyebabkan kematian melalui arrythmia yg disebabkan oleh potasium!


Monday, February 18, 2008

ilmu itu cahaya







pelajarilah ilmu, sesungguhnya

mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takutkanNya,


menuntutnya adalah ibadah,

membincangkannya adalah tasbih,

mengkajinya adalah Jihad,

mengajarnya pada orang yang tidak tahu adalah sedekah,

dan memberi belanja pada ahlinya adalah qurbah.

hadis rasulullah

am i wright?


anyone who act rightly,
male or female,
being a believer,
We'll recompense

them according to the best of what they did

(an nahl-97)

cobaan...


bila hati berjuang

kerana Allah,

dugaan itu tempat bersinggah,

keperitan ditelan sebagai juadah,

kejayaan dianggap sebagai satu mimpi indah,

andai ditakdir rebah, hati tetap redha kerana Allah, tabah dan mujahadah dalam menempuh tiap lurah,

tiap agendaNya punya hikmah...

agar hati disinggah indahnya kasih Allah...

(from naimah)

Ya Allah sesungguhnya aku ingin CintaMu...

harapan ma

selamat tahun baru hijrah 1429H


azam ma untuk menjadikan anak anak cemerlang dunia akhirat.


70% ma telah berjaya.


sekarang ma sedang merancang untuk melalui alam pencen dengan ceria


alam kerjaya walaupun tidak begitu cemerlang tapi ma


bersyukur kerana anak anak ma berjaya.


we're three
saadah be a good daughter k!BUT

i'm the only daughter my mom have!