Kaifahal?Izai muraja'ah?
Jom ke kuliah. Dalam kemaraan semangat memulakan semesta baru dengan azam membawa keputusan cemerlang untuk beraya di Malaysia mungkin?! Tahniah buat anda, semoga ia berkekalan dan menjadi kenyataan, sama-sama doakan buat semua.
Pelajar tahun dua, pastinya gembira masih mengekalkan tempat di lecture hall, dan adik-adik tahun satu mungkin selesa di lecture room…bilangan kita yang jelas berbeza seolah-olah tidak memungkinkan penggiliran dilaksanakan…
Ya, bagaimana pula bagi pelajar di universiti lain?
Mungkin ketika sibuk Anas dan Alex Acedemic Team memikirkan agenda untuk melaksanakan kempen, saya telah terlebih awal merancang untuk mengintai kuliah-kuliah di universiti lain.
Dan saya kembali mempersoalkan kepada diri dan sahabat-sahabat, apa lagi alasan anda untuk tidak menghadirkan diri ke kuliah…(adakah itu anda?)
Destinasi saya, semestinya bukan ke Aswan maupun Luxor. Tetapi saya cuma menaiki train 3 jam ke Kaherah. Disebalik kesibukan Kaherah terletak ketenangan buat saya mengiringi objektif untuk dicapai!
Perlu diingatkan disini, tujuan saya bukanlah untuk sengaja membandingkan antara kuliah-kuliah berikut, tetapi untuk mnecari dimanakah syukurku.
Survey Pertama- Kuliah Lughah Azhar Universiti Kaherah.
Dari ARMA bertolak seawal 8 pagi untuk ke kelas pertama pagi itu, 9 pagi. Menunggu bas dengan penumpangnya seperti sardin, saya membetulkan tujuan. Perjalan 45minit dan kami hanya berpeluang duduk dalam 20 minit akhir perjalanan. Itupun dek kemurahan hati penumpang lain. Alhamdulillah, destinasi pertama. Berpusu-pusu mahasiswi Azhar dari pelbagai bangsa dan gaya. Bangunan pertama, tingkat 3. bagi sesiapa yang sudah maklum, kuliah lughah selalunya tidak ramai pelajarnya, dalam lingkungan 300 orang sahaja, jika dibandingkan dengan kuliah syariah mencecah 1000 orang! Kelas tersebut tidak ubah sebesar lecture room di National Convention Centre(NCC), atau mungkin lebih kecil, dan dilengkapi dengan kerusi kayu semata-mata, tanpa meja. Namun, saya hanya berani untuk berada di pintu kelas sahaja kerana kepadatan yang amat sangat didalam kelas tersebut. Menurut sahabat yang membawa saya, dalam kepadatan itu, hanya separuh mahasiswi yang hadir, kerana kelas yang tersangat padat. Pabila musim exam menjelang, mahasiswi memenuhi ruang sehingga ke pentas pensyarah juga penuh! Bagi Malizi, demi ilmu yang dicari semua itu bukan halangan, mutiara-mutiara dari pensyarah lebih berharga!
Survey Kedua- Kuliah Perubatan Kaherah
Kebanyakkan mahasiswa @ mahasiswi kaherah tahun dua hanya berjalan kaki ke kuliah. Bagi yang menaiki metro, 1 LE untuk satu perjalanan. Bagi junior-junior Kaherah tidak mampu saya mengungkapkan, seperkataan dari saya, untuk menilai Fustat. Jauh dan jauh. Dengan perkhidmatan bas pengangkutan, mereka ternyata lebih rela menaiki teksi, kerana bas akan menunggu penumpang penuh sebelum bertolak. Seperti di INTEC barangkali, bezanya di INTEC kami menaiki dengan percuma walaupun dihimpit menjadi seolah-olah seperti sardin.Dan teksi, bayarannya semestinya bukan rubu' geneh sahaja! Bagaimana?
Kelas yang saya ikuti adalah Neuroanatomi. Baiklah saya akan cuba untuk focus untuk sejam yang berikutnya, walaupun masih tidak belajar tajuk tersebut. Tidak dinafikan penyarah anatomi, Dr. Al-Moatasem Bellah Al-Sherif tidak kurang hebatnya dengan pensyarah-pensyarah kita, Dr. Aiman, Dr. Iman Elazab dan lain-lain.
Namun selepas sejam yang pertama, saya terlelap. Ya, mind set saya hanya untuk satu jam, rupanya setiap subjek adalah dua jam! Setamatnya sesi pertama, semua bergegas keluar dari dewan kuliah dan menuju ke bangunan berdekatan.
Kelas physiololgy diadakan di lecture room physio. Waktu sejam senggang antara dua subjek, mahasiswa dan mahasiswi boleh dikatakan berkeliaran atau setia menunggu di pintu masuk bilik kuliah seterusnya, menunggu tamat sesi kuliah adik-adik junior. Bergilir lecture room, menunggu dan berebut mendapakan tempat yang paling sesuai. Selalunya dalam kuliah physio, mahasiswa didahulukan untuk memenuhi barisan hadapan.
Survey Ketiga- Kuliah Syariah Azhar Iskandariah.
Kuliah pukul 9 pagi, saya tiba tepat pada masanya. Kelibat pensyarah belum kelihatan, ruang kosong didalam kuliah masih banyak, mana tidaknya, kuliahnya sangat besar dan luas untuk memuatkan hampir 1000 mahasiswi. Saya mengambil tempat dibelakang, mendahulukan mereka yang menuntut ilmu. Dan, sayup dari kejauhan kelihatan meja pensyarah dan pensyarah yang kemas berpakaian mengambil tempat dihadapan…pensyarah menarik kerusi dan duduk, membuka kitab dan syarahnya dengan fasih arab fushahnya. Ma'lisy, saya pasti tidak dapat menumpulkan perhatian selama 2jam berikutnya dalam keadaan tersebut, setidak-tidaknya, pasti mata ini akan tertutup. Sayup mata memandang, mata meleret ke dinding kuliah, terdapat 3-6 kipas, pasti ia akan sangat berguna diwaktu menjelang musim panas nanti, tiba-tiba saya terkenangkan air condition di lecture hall.
Special Survey-Kuliah Perubatan Iskandariah
Perjalanan dari rumah yang kebanyakkannya menelan kos sebanyak rubu' geneh atau percuma bagi yang sudah memilik kad tram, dan 1 LE bagi yang memilih cara cepat, iaitu tramco. Lecture hall dan lecture room di konvensyen center, tersergam indah, kukuh dan bersih, pintu dijaga oleh bawab-bawab muda. Lecture yang selesa dengan kemudahan 3 dalam 1- talk n chalk, OHP dan projector khas yang disambung ke computer. Lecture room dengan kerusi empuk dan side table. Syarahan dari doktor-doktor terbaik pilihan Dr. Naghwa Mashali, semestinya berbaloi untuk kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap pensyarah. Tak lupa jasa Alex Academic Team, selingan antara syarahan lecture diedarkan gula-gula pengubat mata. Dimanakah anda ketika lecture berlangsung? Seratus peratus perhatian untuk pensyarah, pasti!
Plan survey saya sebenarnya termasuk ke Kuliah Tibb Ain Syam, Kuliah Tibb Azhar Kaherah, Kuliah Tibb G2G di Alex dan Mansurah. Namun atas masalah teknikal hanya ini yang sempat saya laksanakan. Ada sesiapa di luar sana ingin melengkapkan survey? Jom, dan sama-sama kita muhasabah dimanakah syukurku?
Kuliah=majlis ilmu
Di dalam majlis-majlis ilmu, para malaikat
menebarkan sayapnya meredhai dan mendoakan
mereka yang di naunginya…
Rabbuna yusahhil!Apa lagi, jom ke kuliah!
tahniah grp 5 juara kempen JOM KE KULIAH!
No comments:
Post a Comment