Wednesday, May 7, 2008

surah an nas

salam, apa khabar?

Gambar ni masa SC (Smart Circle) yg lepas, 25 April 2008. pertama kali buat kat Hadiqah Shalalat. =)
(dari kiri:Zura, Salwa, Ainul, Shira(adik angkat SC,blh ye Hani), Jee, Cik Noni, & Aida)
untuk SC kali ini, saya di bentangkan tafsir An Nas, dan Cik Noni, pasal tawadhuk.
Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia."
PENGERTIAN ILAH.
1. sebagai tumpuan dan matlamat pengabdian.
membentuk hidupnya sebagai mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. segala nikmat didalam hidupnya ditujukan kepada Allah.
2. sebagai tempat perlindungan
dalil dari ayat 1-3 surah an nas. tiada yang mampu memberi perlindungan selain Allah. andai sekarang ini kita dilindungi (samada dari MARA, AIG, madam sana', bawab, dll) ia semua bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah juga. Allah bebas menarik keizinannya bila-bila masa sahaja. oleh banyakkanlah berdoa!
3. sebagai tumpuan kecintaan.
kecintaan kepada Allah hendaklah dizahirkan lebih dari segala-segalanya. dengan amalan dan perbuatan seharian dari bangun pagi disertai niat dansehingga tidur juga. manakala kasih sayang dan cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah.
4.Ilah sebagai pemberi rezeki.
sekarang duit kita alhamdulillah setiap bulan masuk ke bank, dari MARA. dan sesungguhnya manusia itu pembawa dan penyampai rezeki dari Allah untuk kita. berjimatlah dan guna pada tempat yang sepatutnya. Andai Allah hendak memberi rezeki kepada kita, terus boleh didatangkan tanpa apa-apa bahan antara( bank, msg, emel dll) ~direct terus boleh disampaikan. namun, perantara dijadikan sebagai asbab untuk kita memperoleh rezeki. kembalikanlah kesyukuran kepada Allah, ucapan terima kasih dari manusia kita iringi dengan 'alhamdulillah'
5.Ilah sebagai sumber perundangan.
dasar dari manual kehidupan manusia~Al Quran dan As Sunnah cukup lengkap untuk dikaji dan dilaksanakan. Allah sahaja yang berhak menentukan undang-undang. kekuasaanya mutlak dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.
~pengisian SC.
semoga dimanfaatkan, insyaallah.
semoga berjaya buat adik2 exam nnt ye!

No comments: