Monday, September 22, 2008

Children Learn What They Live


http://saifulislam.com/?p=2985

Children Learn What They LiveBy Dorothy Law Nolte, Ph.D.

If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.

Copyright © 1972 by Dorothy Law Nolte

Wednesday, September 17, 2008

main imaginasi!


Apa khabar semua?
Jawab sentiasa sihat dan penuh bersemangat! Bak kate Dr. HM Tuah Iskandar. Bukan sebab nak bangga diri @ nak menunjuk ke ape, tapi nak bagi motivasi kepada diri sendiri. Lebih-lebih lagi untuk rangsangkan minda bawah sedar @ subconciuos mind! Merujuk kepada buku Membina Imaginasi Cemerlang, kawalan dari subconscious mind lebih menguasai diri kita berbanding conscious mind! Dah nama subconscious, kite pun tak tau sampai tahap mana dia boleh control, n kalau conscious mind, sapa yg boleh kate dia sentiasa 100% semangat sepanjang masa?paling hebat pun akan ade jugak mase turun naik nya[personal view].

So, sesiapa yg pakar dalam bermain imaginasi adalah seorang yg bermotivasi dan bersemangat. Itulah kuasa imaginasi menurut buku tersebut [ni dah lama dulu bace, lebih krg cmni la kot dia kate]. Sapa sangka dengan imaginasi seseorg tu boleh Berjaya, jgn angan-angan Mat Jenin dah la. Jawab dengan penuh semangat, boleh rangsangkan minda kita untuk mencapai cita-cita, matlamat, hasrat, kehendak,impian, azam dan target! [tak ikut turutan Dr. Tuah]

Suatu malam tu, tengah2 ngantuk, tetiba ade msg dr seorg adik kot..dia tak kenal kan diri pon..hehe, malisy ya. N thanks gak la,lps tu hilang ngantuk J
Tak pe dik, byk lagi tempat kalau nak sambung study. Yang talk sebelum ni mmg nmpk cam nak promosi Timur Tengah je, sebab kami sume dari Timur Tengah. Kalau tak Mesir, Jordan. J N dr talk tu, alhamdulillah blh bg pendedahan kepada adik2 tntg pengajian kat sana. Dgr cerita pengalaman org, [bukan sy je, semua2 tu la ye] dah macam diri sendiri yg rasa. Sejarah ada buktikan, Tanah Arab ni dulu penah jadi sumber ilmu. Lps Zaman Gelap, mula Zaman Renaissance, byk ilmu dr para ilmuan Islam di Timur Tengah antaranya diceduk n dibawa ke Barat dan diperkenalkan sebagai penemuan oleh Barat.[kalu tak silap la, kalau salah tolong betulkan ya]

Persoalanya, sekarang kenapa ramai saintis barat mendahului saintis islam dalam penemuan yang berkaitan Al Quran?
Betul gak kan…kenapa ya?

Padahal quran tu kitab bagi umat islam. ~Sudutan dr talk di Naim [Sek. Men. Keb. (Agama) Naim Lilbanat] dalam rukun iman (beriman kepada=percaya kepada), kita ada :

1. percaya kepada Tuhan (Allah, ade lagi 99 nama)
2. percaya kepada Malaikat (berape ek?adui)
3. percaya kepada Kitab (Al quran n kitab2 yg pernah diwahyukan)
4. percaya kepada Nabi (wajib tau 25 nabi)
5. percaya kepada Qada' n Qadar (D.U.I.T)
6. percaya kepada Hari Kiamat (ntah bile)

Semua kita wajib percaya![percaya betul2 la, dgn yakin.dah nama pun wajib percaya] Tapi dalam semua yg wajib kite percaya tu, hanya satu yg benar2 wujud, nmpk n dah berlaku kat muka bumi ni, iaitu AL QURAN! Menabjukkan!

Ia adalah salah satu mukjizat teragung Rasulullah S.A.W.

Kiranya, Al Quran tu mukjizat teragung Nabi S.A.W n untuk umat2 nya jugak la kan. N kat mane kita letak Al Quran kat dalam diri sekarang? Dah sah sabagai kitab paling agung, sahih, terjaga dari sebarang kesilapan n sabotaj, mengandungi sejarah silam, kisah para anbia', hamba2nya yg soleh, kisah yg sedang dan bakal berlaku, pengajaran, balasan, janji yang benar, syurga n neraka, ilmu yg diluar jangkauan manusia dan sebagainya! Subhanallah, tak terungkap Maha Hebat Allah S.W.T! selaku tuan empunya Al Quran, blh kate penulis la[betul k?]

Sepanjang ramadhan ntah yg ke berapa kali dah kita smbt ni, dah berapa kali khatam Al Quran? Dah berbelas-belas kali pun mungkin ade… n berapa kali dah khatam bace tafsir Al Quran?! Baca je tak faham makna, boleh jadi rugi kite sebagai umat yg percaya kepada Al Quran. [Tup2 nnt tuanNya dah nak angkat balik Al Quran tu.] Sebab tu tak hairan bile ade pihak Barat yg sanggup belajar Bahasa Arab dan mendalaminya untuk memahami seni bahasa yg sgt indah, dan unik, yg digunakan dalam Al Quran! Dah byk peristiwa2 benar dr Al Quran, dan menambah keyakinan mereka untuk mengkaji Al Quran dgn bersungguh, dan pasti mereka yg Berjaya menemui hikmah2 didalam Al Quran tersebut. Cth:Gary Miler, T.Jusen …siapa yg berusaha pasti akan Berjaya! Man jadda wa jada!
Berapa ramai pula dikalangan kita yg benar2 berusaha?

Lanjutan dr kajian n penemuan drpd Al Quran tu, ada dikalangan Prof2 yg akhirnya terbuka hati untuk menerima cahaya iman…[tak dapat nak list nama,tak ingat].
Org2 cmni la yg berkualiti untuk agama, menyumbang untuk umat…tak macam hadis nabi yg kate umat di akhir zaman macam buih2 di lautan. Banyak, tapi mudah pecah.

Dan dalam masa yg sama juga[sebelum ni], heboh pasal 100,000 ribu umat Islam murtad! [Sy tak dpt pastikan sumber nye sahih ke x, Cuma info dr ceramah2 n artikel lain.] dr segi kuantitinya sangat besar dan memeranjatkan, namun kualitinya siapa tahu. Tak heran kalau si mat n minah rempit, kaki judi@ kaki botol, bangkai bernyawa @ sewaktu dgnya, kerana golongan ni mmg imannya dah setipis kulit bawang. Tapi ia juga mungkin sebuah propaganda yg ingin memporak porandakan umat yg lemah imannya. Semoga kita dijauhkan, dilindungi dan dikuatkan iman dijalannya yg benar! Nauzubillah min zalik.

Tuesday, September 16, 2008

betul ke exam ni?


Upsr baru je berlalu…byk jugak la khabar angin sampai kat telinga. Maklum la ma, mengajar kat sekolah rendah, tumpang la dengar jugak.
cikgu alik hulu, kate soalan bocor lagi tahun ni. Bahasa inggeris pulak. Cikgu alik hilir pulak kate, budak sek dot dot dapat jawapan objektif matematik sebijik2..budak siap hafal @ bawa masuk jawapan lagi masuk dewan peperiksaan. Wah, lagi hebat ni. Bukan sekadar soalan, jawapan terus!

Aku dulu macam mane ye? Tak dinafikan, ade jugak unsur2 yg lebih kurang berlaku. Kekuatan iman n yakin pada diri je boleh tangkis benda2 ni…maklumlah,lagi berapa hari nak masuk dewan SPM, yg bakal tentukan gelap cerah masa depan, tetiba dihulurkan soalan yg bakal ditanya…siapa tak teringin? fikir betul2, kalau Berjaya tanpa amanah, kejayaan palsu tu la yg akan dibawa sampai ke mati nnt..tak berkat rezeki yg diperoleh..tambah plak nak bagi makan kat family sume tu..

Kalau exam bulanan cikgu bg soalan yg akan keluar, kemudian budak2 blh markah tinggi blh gak nak bg motivasi kat budak2 tu yg diorg boleh sebenarnya…tapi kalau exam yg besar n bakal menentukan ke mana budak tu nnt, diorg Berjaya dpt kumpul sume A sekali pun, sume tu palsu.
"budak 5A loni kalah budak hok boleh 3A dulu!"
Komen sorg guru besar sekolah terpilih…maklum la, untuk ke sekolah2 bestari, hanya stdn yg dpt 4A keatas je yg blh mntk. Bile dibuat peperiksaan penilaian, keputusan tak macam dijangkakan sama sekali! Bila keputusan PMR keluar, semua komen dan terkejut resultnye sama je macam sekolah biasa sedangkan pelajar2 terpilih sahaja yg masuk ke sekolah tersebut!
Kenapa boleh jadi macam ni?
Ramai yg terpesong dari hakikat ni kerana mencari nama. Dgn keputusan cemerlang dan diumum sekolah terbaik, masa depan budak2 ni menjadi mangsa…tak masuk akal, nak tersohor, nama dijulang, paling lama pun xsmpi setahun,sebab nak naik pangkat, habis masa depan puluhan kanak2…

Buat adik2 yg bakal exam tak lama lagi, belajar sungguh2. masih ade mase lagi…dan ingat la jgn menipu dalam exam..kejayaan dgn usaha sendiri jauh lebih membanggakan daripada kejayaan palsu.walaupun boleh kumpul semua A, tapi tak de kualiti, xde nilainya.sama la jugak dgn tukang2 jahit di musim ni…mmg si tukang jahit kisah Berjaya siapkan kain baju 10 pasang sehari, tapi apa yg org lebih kisahkan ialah kekemasan n ketelitian jahitan tu..kualiti pada baju tu.

Kalau dapat offer soalan @ jawapan sekalipun untuk exam nnt, tanye org tu balik, "berdosa ke tak buat cmni?nt kat akhirat sape nak tolong tanggung?"

Untuk Ame, yg tgh trial n bakal SPM nnt, All the best..nak lawan kakak kena buat betul2! Kejayaan sentiasa bersama mu! Ame BOLEH!

Sunday, September 7, 2008

dah sampai umah la...

Cukup seminggu dok kat rumah..
(tak leh nak kata genap, sebab seminggu tujuh hari, bukan no genap..)
alhamdulillah...
Puas hati blh jumpa ma n abah, n adik
Abang yg sorang tu ntah la bila nak balik(dia dah balik pon, n dah pegi pulak dah...)
Masa sampai dah kat KL, g Gombak..dah dekat sgt dengan HKL tu, tak berpeluang
gak nak jumpa dia...
apapun kali ni berjaya atasi masalah 'jet leg'..ingat lagi masa mula-mula sampai Mesir, seminggu dok tidur je..tak leh nak sesuaikan diri lagi.

Kalau kata cuti dua bulan cam sangat best bunyi nye...ye la..kat Malaysia mane nak bulih cuti panjang cmni
Insyaallah akan diisi dengan perkara yang berfaedah...cuti cuti jugak, bukan maknanya tidur je memanjang...sebab ni adalah kerehatan dari tekanan belajar secara berterusan, dan persiapan untuk sem seterusnya..
Kat rumah ade 'pelajaran' lain menanti!
Kalau anda ingin terus belajar!

Tolaba al ilmi mina al mahdi ila lahdi
"belajarlah dari buaian ke liang lahad"

Aih, tak nak belajar dah ke?..ke nak ke liang lahad dah?
Persiapkan diri, amal ini masih kurang...

Pelajaran kali ni,
Ada la ala-ala Kemahiran Hidup, a.k.a. suri rumah..
Masa kat mesir dulu..ada jugak cam suri rumah (dok kat rumah sewa - semua kena wat sendiri, tapi separuh mase je, sebab lagi byk mase untuk stdy),
N kali ni suri rumah sepenuh masa.
Masa time PMR 1/9 je suri rumah
Kali ni betul2 lain..

Dari pagi sampai malam ada je pelajaran baru, maklumla tak biasa..semua nak kena belajar balik...tapi best...benda baru, tambah ngn pengalaman mase dulu (cuti lepas SPM)

Ha, kalau dulu buat alasan,
"malas la nak jemur baju, panas..."
"Mana tak panas nye, kalau g jemur baju time matahari dah tegak atas kepala?
Org dah basuh baju awal-awal pagi, belum panas dah jemur dah,
Nnt petang dah nak teduh sket blh angkat dah!"

'sape suruh bangun lambat..kan dah tak sempat kejar matahari!'
~dah le berpanas-panas nak jemur baju, dibuatnya hujan pulak petang tu, tak ke tak sempat kering baju tu…kan haru!

Kalau kat mesir, subuh kol 4.30 bangun awal-awal solat....lepas tu tidur..kebiasaan la bagi org mesir, pastu buka kedai kol 11 lebih dah.
Citer kat ma, (intro: sebab nak minta kebenaran nak g Bandar esok.hehe)
Pastu,
"patut la ramai org miskin kat sana, rezeki tertutup..."
So, bangun la awal-awal ye..murah rezeki. Insyaallah.

Pagi ni g Bandar, xde la pagi sgt, dah nak dekat tengah hari, siapkan keje kat rumah dulu...sampai2 terkena gak 'perangai org Arab' ni..adui...pusing satu Bandar..jumpa satu je CC, pastu tutup plk...sabar2...org kate MESIR, 'mim', 'sad', 'ra'.

Mehnah, sabar, redha.

Habis beli barang sume, pusing balik ke CC td, alhamdulillah dah buka...
saje2 tnye.
'baru buka ke?'
"eh dah lama dah..."...oo..ye ke?

Nak balik rumah tu jalan dah agak sibuk dah..waktu balik sekolah..
Kecut perut gak...bawa kerete sendiri pegi tadi dgn jalan sunyi pun dah termasuk semak dah..hehe..mana taknye..buat2 pro time drive..padahal masa lesen P, dok main kereta mainan je.
Peluang pun alhamdulillah ma bg 'lesen' bw kereta, ada jugak yg dah ade lessen tetap pun tak boleh bawa kereta sebab tak dapat 'lesen' dari mak...

Siapkan keje-keje tertangguh, pastu baru terfikir..kan best kalau setiap kali nak menyapu, mengemop lantai tu, ulang-ulang gak zikir..subhanallah ke, alhamdulillah ke..blh jugak pahala lebih..insyaallah lain kali ingat..selalunye dah nak habis keje sume baru teringat nak wat...banyak peluang tu, nak gerakkan penyapu ke depan, belakang, depan belakang, depan, belakang balik...tak terkira dah berapa kali dok ulang...pastu aku selalu pikir ape ye mase buat keje?ha... ape-ape keje pon boleh buat sambil zikir...masa stdy dulu,...g kuliah, tu mmg dah kira majlis ilmu. Kalu keje-keje ala suri rumah ni?


Niat kerana Allah, n Allah pun akan tolong permudahkan jugak.
Macam-macam benda boleh berlaku, mase mula2 nak drive sendiri, boleh plk tak ingat nak ambik kunci kereta. Abah nak makan hati lembu, ai..camne ni..darah tinggi tak elok makan hati lembu..dah nak petang gak pun, mesti Pok Din jual daging dah tutup kedai…kuatkan semangat, better try than never. Nak bawa kereta keluar ke jalan besar, sebelum ni ma yang buat…alhamdulillah, sampai-sampai je, Pok Din dah nak naik motor dah..n ade juga sikit hati lembu..blh la bagi abah makan…

Mase balik dr hntr abah ke Hospital, cubaan jugak..jalan nak pegi kabur je dalam kepala, masa nak balik, abah mintak nak makan mee kedai Pok Sin…jalan lurus je, tak pe..then camne nak U turn sendiri ni…ingat2 balik mase belajar kereta dua tahun dulu…cari kawasan lapang…n percaya aku boleh buat…alhamdulillah…tak lama lepas tu, teringat rasa-rasa macam penah mimpi buat U turn macam tadi, tapi dalam mimpi tu aku terlanggar tiang rumah orang tu..

Seronok jugak tengok abah makan berselera sangat. Terkenang dulu-dulu, aku selalu minta dgn abah nak macam-macam. Abah bagi.
Sekarang peluang untuk aku pulak…blh berkhidmat.
Praktik medic….
metaprolol, domperidol, lovastatin, peridopril, metformin, CTZ, aspirin…
aih, macam kenal nama2 ni..tapi macam tak ingat pun ade…

[p/s: post ni dah expired]

TAMADUN MANUSIA


Tamadun kemanusiaan

Bicara tentang tamadun, tergambar tamadun-tamadun besar dunia, yang jatuh bangunnya tercatat didalam lembaran sejarah. Mesopotamia, Mesir Purba, Rom, Parsi dan lain-lain yang dahulunya pernah dijulang namun kini tenggelam. Keagungan dan kejatuhan tamadun tersebut masih dikaji dan diperhati. Hidup umpama roda~begitulah sebuah analogi yang untuk sebuah kehidupan.Jatuh dan bangun. Atas dan bawah. Bagaimana kita? Menjelang keputusan peperiksaan diumumkan, segala usaha-usaha dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan terlintas kembali. Apakah hasilnya, adakah berbaloi? Pernahkah terfikir bagaimanakah nanti apabila kita akan dibentangkan natijah kehidupan didunia?
Dunia juga sebuah ujian. Silibusnya dari Al-Quran dan As-Sunnah. Masanya dari dilahirkan sehingga meninggal. Pemeriksanya Malaikat Munkar dan Nakir. Natijahnya antara dua,lulus atau gagal sahaja, iaitu Syurga @ neraka. Adakah debarannya seperti menunggukan keputusan peperiksaan? Atau lebih lagi? Yang tiada siapa tahu bila masanya…dari Allah kita datang, kepada Allah kita kan kembali.

Persiapkan diri, bekalkan harapan dan usaha yang gigih. Keputusannya menunjukkan kepada kita hasil usaha. Hidup perlu diteruskan, perjalanan masih jauh. Kepada yang berjaya tahniah dan teruskan berjaya, kepada yang belum berjaya tingkatkan usaha, peluang masih terbuka.tiada putus asa, ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kejayaan menunggu dihadapan. Sama-sama kita soroti muhasabah pengajian, tajdid niat belajar dan exam. Analisa-analisa tidak rasmi dikeluarkan, mungkin kerana gred dinaikan, soalan yang lepas mengandungi masalah untuk diselesaikan (problem solving), tambahan pula masih tidak biasa dengan soalan problem solving dan sebagainya. Inilah ujian yang memerlukan kita bersabar dengannya.

"Apa semua nie, tidak berbaloi semua hasil usaha aku selama ini…ini tidak sepadan, ada kesilapan, soalan tidak patut yang keluar, maklumat yang dikehendaki sangat detail, tidak memadai untuk menjadi doktor, ada yang tidak diajar didalam kuliah…tapi tidak apalah, aku kena sabar dengan apa yang terjadi..sabar sahajalah…"
Adakah ini dikira sabar?
"الصبر في الصدمة الأولي"
'Sabar itu pada kejadian (insiden) yang pertama'
Inilah sebenarnya sabar. Insiden pertama itulah sebenarnya penilainya. Reaksi serta tindakannya apabila sejurus mendapat keputusan. Seorang yang bersabar, bersifat tenang, redha, dan memenuhi hak pada yang patut. Apa yang baik hasil usaha kita dengan izin Allah jua, ucapan “الحمد لله علي كل هذا” mendahului. Apa yang kurang memuaskan, didahului إن لله وإن إليه راجعون"" sesungguhnya kita dari Allah aku datang dan kepada Allah aku akan kembali.

Doa,usaha,ikhtiar dan tawakal memerlukan kita bersedia. Fizikal dan mental.. Memetik kata-kata Dr. Kursiah bt. Mohd Razali (K.Yong) "Bila mana kita masuk je course medic ni, at the first day tu la kita prepare tuk exam." Hari pertama kita mendaftarkan untuk mengambil perubatan, maka pada hari itulah juga bermula proses kita untuk menjadi seorang doktor. Doktor bagaimanakah yang diigini?
Komited dengan pengajian, menghadiri kelas-kelas,program-program dan kuliah yang diadakan. Menghadiri majlis ilmu dan mencari ilmu. Berfikir untuk berhadapan dan menyelesaikan. Mengadapi ujian, gagal dan berjaya. Andai terlintas rasa putus asa segera kembali kepada tujuan dan matlamat asal.

Ya, sentiasa bersedia,STAND BY!
Dan kita perlu STAND untuk saudara-saudara kita di Palestin. Mereka berperang dengan batu dan kayu, senjata kita disini pen dan kertas. Ilmu yang tersemat didada dan diamalkan lebih hebat dari kapal terbang dan kereta kebal musuh. Setiap masa mereka bersengkang mata berjaga, kita bersengkang mata juga menggali hikmah disebalik mutiara-mutiara medic.
"Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takutkanya, menuntutnya adalah ibadah, membincangkanya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah, dan memberi belanja kepada ahlinya adalah kurbah.”
-Hadis rasulullah.

Diawal tadi saya membuka dengan tamadun manusia, sebenarnya ia adalah akhlak kita manusia. Tamadun inilah yang dikaji sekarang. Gahnya bunyi, tapi inilah fokusnya. Tamadun manusia dalam menuntut ilmu kita seharusnya mengikhlaskan niat, membincangkan tentang akhirat dan mengaitkannya dengan dunia;bukan sebaliknya, menghilangkan jahil didalam diri;mempelajari apa yang tidak diketahui, merendah diri dengan guru dan pensyarah, istiqamah iaitu berterusan mengingatkan diri dengan tuntutan pelajaran, tanpa terlintas sekalipun untuk berseronok semata-mata., tidak merasa jemu, tamak untuk mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin, dan akhir sekali doa. Mahukah nanti andai generasi hadapan mengkaji tamadun kini yang dihiasi Alvin And The Chipmunk, Street Kings, Windstruck, My Sassy Girl, Full House, clubbing, chatting tidak berfaedah dan sebagainya yang tidak mampu terungkap disini. Adakah tamadun bentuk ini akan mampu menjulang bangsa , negara dan agama? Muhasabahlah…
Alhamdulillah result dah keluar
walaupun dapat seciput..pastikan result sendiri graf dia naik..
=)