Tuesday, September 16, 2008

betul ke exam ni?


Upsr baru je berlalu…byk jugak la khabar angin sampai kat telinga. Maklum la ma, mengajar kat sekolah rendah, tumpang la dengar jugak.
cikgu alik hulu, kate soalan bocor lagi tahun ni. Bahasa inggeris pulak. Cikgu alik hilir pulak kate, budak sek dot dot dapat jawapan objektif matematik sebijik2..budak siap hafal @ bawa masuk jawapan lagi masuk dewan peperiksaan. Wah, lagi hebat ni. Bukan sekadar soalan, jawapan terus!

Aku dulu macam mane ye? Tak dinafikan, ade jugak unsur2 yg lebih kurang berlaku. Kekuatan iman n yakin pada diri je boleh tangkis benda2 ni…maklumlah,lagi berapa hari nak masuk dewan SPM, yg bakal tentukan gelap cerah masa depan, tetiba dihulurkan soalan yg bakal ditanya…siapa tak teringin? fikir betul2, kalau Berjaya tanpa amanah, kejayaan palsu tu la yg akan dibawa sampai ke mati nnt..tak berkat rezeki yg diperoleh..tambah plak nak bagi makan kat family sume tu..

Kalau exam bulanan cikgu bg soalan yg akan keluar, kemudian budak2 blh markah tinggi blh gak nak bg motivasi kat budak2 tu yg diorg boleh sebenarnya…tapi kalau exam yg besar n bakal menentukan ke mana budak tu nnt, diorg Berjaya dpt kumpul sume A sekali pun, sume tu palsu.
"budak 5A loni kalah budak hok boleh 3A dulu!"
Komen sorg guru besar sekolah terpilih…maklum la, untuk ke sekolah2 bestari, hanya stdn yg dpt 4A keatas je yg blh mntk. Bile dibuat peperiksaan penilaian, keputusan tak macam dijangkakan sama sekali! Bila keputusan PMR keluar, semua komen dan terkejut resultnye sama je macam sekolah biasa sedangkan pelajar2 terpilih sahaja yg masuk ke sekolah tersebut!
Kenapa boleh jadi macam ni?
Ramai yg terpesong dari hakikat ni kerana mencari nama. Dgn keputusan cemerlang dan diumum sekolah terbaik, masa depan budak2 ni menjadi mangsa…tak masuk akal, nak tersohor, nama dijulang, paling lama pun xsmpi setahun,sebab nak naik pangkat, habis masa depan puluhan kanak2…

Buat adik2 yg bakal exam tak lama lagi, belajar sungguh2. masih ade mase lagi…dan ingat la jgn menipu dalam exam..kejayaan dgn usaha sendiri jauh lebih membanggakan daripada kejayaan palsu.walaupun boleh kumpul semua A, tapi tak de kualiti, xde nilainya.sama la jugak dgn tukang2 jahit di musim ni…mmg si tukang jahit kisah Berjaya siapkan kain baju 10 pasang sehari, tapi apa yg org lebih kisahkan ialah kekemasan n ketelitian jahitan tu..kualiti pada baju tu.

Kalau dapat offer soalan @ jawapan sekalipun untuk exam nnt, tanye org tu balik, "berdosa ke tak buat cmni?nt kat akhirat sape nak tolong tanggung?"

Untuk Ame, yg tgh trial n bakal SPM nnt, All the best..nak lawan kakak kena buat betul2! Kejayaan sentiasa bersama mu! Ame BOLEH!

No comments: