Thursday, October 16, 2008

kena tag

(post expired)

"Link to your tagger and post these rules on your blog.Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog"

1. 7 random @ weird facts about me..
  1. anak tunggal perempuan dari 3 beradik, agak ....?
  2. ma n abah dua2 cikgu...penah bercita2 nak jadi cikgu, tetiba tukar nak jadi doktor.abg pun insyaallah bakal doktor 2009 ni.
  3. contoh teladan yg diikuti paling byk dr abang, tapi selalunya saya akan lebih sikit dr abg lps tu.
  4. saya lebih awal sebulan masuk asrama, kemudian abg masuk asrama.
  5. suka ikut abg n kawan2 dia g main bola mase kecil2 dulu..bile pk2 balik, patut la abg tak bg ikut.haha.
  6. rase tak de orang tau lagi, saya penah panjat pagar sekolah,tinggi la jugak, lebih kurang pukul 5 pagi(haha, jgn risau, takde ape terjadi pun sebab dah puas jerit kat pak cik jaga tu suruh buka pagar dia tak buka2, panjat la..ramai dah pelajar lain yg nak g qiam bgn nak g ke masjid yg dalam kawasan sekolah-mase ni ingkatan 5 kot, dah la status tKP)
  7. dari tingkatan satu sampai tingkatan lima dapat gelaran yg lebih kurang sama:
  • ratu senyum
  • kak sengih(huhu)
  • kakak yg suka senyum..sbg satu pengenalan bg sesapa yg tak kenal
  • paling ntah la...miss triton..huhu..(lps ni kena tgk keadaan n tempat jugak la kalau nak senyum pun, Saadah.)

My School Life...

1. 5 bad habits during school days
  • ponteng kelas-sgt2!lebih2 lagi kalau ade kerja lain...(kerja no satu, tapi stdy bukan no 2..hm..ade ke?)
  • tido dalam kelas, kdg2 prefer pergi buat kerja lain drpd tinggal n tertido dalam kelas.
  • selalu sampai ke kelas persediaan(prep) @ kelas tambahan dalam mase setengah jam before kelas habis, so, bile hbs prep bw buku balik ke asrama byk2 konon nak bace...lps tu..(faham2 la)
  • pakat2 kacau sesape yg mengantuk kat kelas.
  • kepada sesiapa yg pernah mintak tip belajar mase kat sekolah dulu mntk maaf bbyk sebab tip2 tu terpaksa kutip dr org lain punye ya..ape pon "be yourself"!

teruk gak kat sekolah dulu ye...apepun terima kasih yg tak terhingga buat semua guru2 dan cikgu2 kat sekolah!Sekolah Menengah keBANGGAan, SMK(A) NAIM LILBANAT.


2. 3 favourite subjects and why?

  • kemahiran hidup-cikgu dia best...sampai tingkatan 4 n 5 masuk plak kelab kemahiran hidup, setia bersama Cikgu Samihah yg comel walaupun garang. n kitorg la yg jadi hardcore kelab tu..mm...mee kari, nasi bungkus, kek n muffin..jual2 murah2..hehe
  • sejarah-walaupun penah sekali tu, sebab mengantuk sgt kat kelas sejarah, so stat la melukis gambar kucing kat buku teks sejarah..tetiba Cikgu Sahrulami b. Jusoh (SBJ) yg terkenal dgn garangnya ternampak , dan kemudian, " Saadah, awak lukis doraemon kat buku teks sejarah saya?!" opss o o...terus tak mengantuk. terima kasih bebanyak cikgu...sebab jasa cikgu saya dapat A sejarah. dan sejarah tu memang penting!
  • biologi n pendidikan quran sunnah-cikgu yg baik,kalau saya perlukan dalam 1@ 2 markah lagi untuk dapat A, mesti dapat.n cikgu tak marah kalau saya selalu 'tertinggal keretapi' pun.hehe
  • 3. 3 subjects you don't like and why?
    • kimia-kelas pertama untuk ke makmal sampai lambat, so kena duduk tempat paling hujung n paling belakang. lps tu satu kumpulan dgn pelajar berulang yang masuk kelas tuisyen kat luar, so tiap2 kali pegi makmal kimia, rase cm tak dapat ape2.bile nak SPM, penat nak cover sume semula.
    • matematik moden-lebih2 lagi tajuk yg kena mengarang.saya tak suka menulis.

    cth; jika a, maka b.

    jika b maka bukan c...dan sewaktu dengannya.huhu.

    • fizik-sakit hati betul.bile bace cm faham, tapi bile nak buat tak dapat!
    About Me...
    1. something attractive about you

    • ntah la..suka buli org.ade org kate dulu buli sebab syg...tapi ade org tak setuju.tapi sekarang dia pulak yg buli. ade komen?
    2. things you like the most?
    • tak tetap, cuma tak pernah tak suka kucing.
    3. things you can't live without?
    • tak tau.tak penah rase tak leh hidup lagi.

    -cuma satu pengajaran sekali tu, 'hilang' hanset.(sebab beg tertinggal kat Fun Fair-mase summer akhir tahun 1). dengan beg duit, pasport sume dok kat dalam tu...kalut sgt n tak tau nak buat cmne...risau resah n rase cm buat ape pun tak jadi. dah la tak ingat no hanset ma, tak leh nak contact! rase sgt bergantung dgn sume2 tu plk...dan akhirnya selepas seminggu, berjumpalah semula dengan beg tu..alhamdulillah semua selamat..cuma hanset dah hbs bateri...lps dapat balik terus contact ma...ma kate dia dah cuba sms sume no sesape yg kat mesir yg ma ade nak tau ape terjadi..kesian kat ma..apepun bile dimuhasabah semula, terasa cam tu satu pengajaran dr Tuhan untuk aku supaya tidak bergantung dengan selain dariNYA!

    4. before you go to sleep, who would you call?
    • seelok2nya bace la doa tidur...

    cakap pasal tido, teringat satu kisah, seorang pelawat ke rumah...'...'...kat sana, kebetulan salah seorg penghuni tu bertanya..."kat mane nikmatnya tidur?"...pelawat berfikir...dan belum pon sempat pelawat tu menjawab, org yg bertanya dah tanya lagi.."kalau nak kate sebelum tidur, itu adalah rasa nikmat sebelum tidur, kalau nak kate nikmat mase bangun dari tidur, itu adalah nikmatnya jaga, dan kalau nak kate mase tengah tidur, mane ade org boleh sedar nikmat tu mase tidur,sebab mase tidur org tak sedar ape2!"

    istimewa u hajar, n maaf bbyk coz dah lama sgt baru buat.

    Wednesday, October 8, 2008

    Di Atas Awan!

    1135am, MH 1389 dr KB to KL…
    0200am,….KL to Dubai…
    1900pm,….Dubai to Egypt..
    Aduh byk nye transit…

    Ok, let's set the mind what to do during the transits

    Sekarang di KLIA, lebih kurang 8 jam transit, tiket awal!
    Xpe la jalan2 kat KLIA ni la..luas gak nak pusing nie…n nak duduk kat mane?
    Jalan hujung ke hujung kulit cerah n gelap je yg byk..mane sawo matang nye?
    Kat kerusi ramai bangsa2 cina, n agak ramai jugak bangsa India walaupun menjadi tukang sapu! Yg penting semua bekerja..agak2 mane bangsa melayu, kalau yg byknye kat shoping komplek ke, kat tepi jalan ke,… atau kat masjid ok jugak.
    Berita semalam, protes kerana kat perak MB tetapkan 50% peruntukkan perumahan untuk org Melayu…kenapa?sebab org Melayu tak beli rumah, tak berminat beli rumah @ tak mampu beli rumah?!…bile tetapkan 50% untuk melayu je boleh rugi, unit tak terjual. Sedangkan ramai lagi org lain yg nak beli..lebih2 lagi bangsa Cina.

    Ape pun aku pun ade target gak nak capai ni...teruskan!

    Thursday, October 2, 2008

    semua ade...kecuali saya!


    terlepas masa ni..tak balik lagi.
    Duduk, dari kiri depan, mek, mak su dah@kak dah, mok, k.da,pija(anak mak su dah),, fatehah, cik su(tak nampak), izzati(anak cik su),

    line 2, kak ti(zaujah abe ti), anak dia, amalin, ma,
    line 3, kak yah, ame

    berdiri, dari kiri depan, abe si kot(tak cam, kembar), abe yie, firdaus (dah jadi ayah su dah), arwah cik@tuk, ayah me, hakim, abe mi(kembar)
    belakang, abe ti, abe ji, abe ju.

    abg saya ambik gambar kot.
    gmbr lain ade lagi ramai, tapi tak jelas la plk.
    Al fatihah buat arwah atuk@che@cik, sudah lebih 40 hari cik pegi(post expired lagi)
    sebelum ramadhan, cik dah sakit n masuk hospital, sempat jugak menginap kat hospital sebelum buat attachment kat situ.
    malam jumaat, cik menghembuskan nafas terakhir, tanpa bersusah payah di Wad CRW. kat bawah wad ni la seminggu saya berulang-alik untuk attachment. mok@nenek kate, alhamulillah sgt, sume doa dia termakbul, pegi malam jumaat, mase cuti sekolah, bukan musim hujan, mudah nak uruskan, sempat jumpa anak-anak n cucu-cucu, ni yg paling sedih, hari saya sampai ke airport Pengkalan Chepa, cik dah menunggu kat rumah nak jumpa...bersemangat dia bangun n pegi ke rumah, tak sabar nak jumpa. dua tahun tak balik, tak sangka ni yg terakhir...semoga arwah cik dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama org yg soleh.
    memang semua lancar..dan kebetulan juga tiket untuk saya ke Kuala Lumpur dilewatkan, kerana mungkin saya sudah tiba di Kuala Lumpur pada masa tu. semasa kenduri tahlil, ma ade sebut, arwah sgt bagus..semua kerja teliti, n pak su saya antara yg mewarisi ketelitian dr arwah..kalu ada pak su ringan je buat keje ape2...kate org2 tua, bertanya khabr anak kat mane berapa ramai anak dah skrg?tu la harta,,bila dah mati anka yg soleh tu yg tinggal, mendoakan kite nnt..menjelang ajal,org tak tanye rumah sewa berapa buah, duit dlm bank ade berapa byk?kereta berapa buah dsb.
    Al fatihah sekali lagi untuk arwah.