Wednesday, November 26, 2008
ukhwah
Macam-macam cth pasal ukhwah, perhubungan kasih sayang kerana Allah, ketaqwaan, saling tolong menolong, ambik berat pasal kawan.dan soal hubungan saudara dengan saudara seislam di Palestin. Tak larat nak masuk semua kat sini.
(mungkin benda biasa yang kita dengar, tapi seolah tak biasa untuk di amalkan…?!)
Dan terfikir, walaupun perkara soal ukhwah ni dah biasa dengar, sejak zaman sekolah dulu, kenapa ade yg susah nak praktikan?
Cth; hak2 ukhwah:
1.memberi salam
2. menjawab salam
3. ziarah sahabat yang sakit
4. iringi jenazah
5. penuhi undangan
6. doakan sahabat apabila bersin
7. tolong org yang dizalimi
8. perhatikan nasihat yang diberi
9. tolong ketika sahabat dalam susah.
Ok, survey. berapa daripada 9 ni yang kite @ saya buat?
[Nombor satu pun cam keliru boleh tanda k-cz xsemua org yg jumpa bagi salam]
Tuesday, November 18, 2008
Fesyen pakaian untuk perjalanan jauh.
islah thallagah?
tetiba pak cik yg selalu datang baiki peti ais datang tanpa dijemput.
katanya nak islah(baiki)...memang sejak dulu lagi peti ais tu tak habis2 nak kena baiki. tapi kali ni, tak de pulak mintak nak baiki.
tup tup pak cik tu keluarkan cat, dicatnya peti ais tu.dah tu pintu je pulak yg dicatnye?
'fi eh 'aiza islah?'
'di, ana islah da thallagah...'
ha? cat pun kire islah jugak ke?
yg rosaknya kat dalam, dicatnya kat luar?
'sesuatu yg rendah nilainya, hanya akan memuaskan yang sepadan dengannya.'
apa yg nampak jelas lawanya kat luar, tak semestinya menjadi pilihan yang dalam pemikirannya.
pendapatku, nanti peti ais tu dah nampak 'baru', diorang dah kira elok la tu...sama cam 'peti ais baru' la ni. banyak benda yang mungkin kita tertipu dengan indahnya 'benda' tu. bila lama diamati, jelas ape yang sebenarnya tersorok. sebab tu la, sebelum membuat pilihan untuk memilih dan menerima, seeloknya dan seharusnya difikirkan betul2. fikir masak2. apa yg nak dimasakkan pon xkesah la, asal keputusan tu adalah yg paling matang diambil oleh kita. (buah matang=buah yg masak?!)
oleh itu, sebelum dibuat keputusan juga,
1. kenal pasti pilihan yang ada.
KENAL- tahu apakah 'benda' itu sebenarnya, macam mana bentuk @ rupa,bab nak kenal pastikan kenal dari luar dan dalam. kalau tahu nama, kenal jugak macam mana boleh adanya ia, dari mana datang nya @ ape sejarahnya. untuk apa juga sebenarnya ia diadakan dan apa matlamatnya? dan mungkin juga apa yang membezakan ia dari pilihan yang lain.
2. jangkakan apa kesan daripada pilihan tersebut.
JANGKA- anadaikan apa yg dapat diperolehi daripada pilihan itu (kebaikan), atau mungkin apa2 kesan yg mungkin timbul(keburukan). pilihan yg terbaik mestilah yg banyak faedahnya, dan paling kurang masaalahnya.
3. membuat pilihan!
BUAT- jangan banyak persoalkan lagi, jika begitu tak kan jadi begini, kalau macam tu, tak akan ade yang ini...tapi fokuslah pada pilihan yg sudah dibuat. apa2 masalah yg timbul, hadapi dengan yakin bahawa ia sebenarnya mampu untuk ditanggani.
konsep dalam istikharah, selesai ditunaikan solat sunat istikharah dua rakaat, tak semestinye ditunggu 'mimpi yg membawa ilham', tapi memadailah dengan doa kepada Yang Maha Menciptakan, semoga pilihan itu adalah yg terbaik, seterusnya tawakal pada Yang Esa dengan pilihan itu.
persiapkan diri, dengan plan dan perancangan. walaupun plan tidak berjaya, tidak semestinya semua sudah berakhir. masih banyak lagi perangcangan baru yang lebih bagus tersedia untuk dirangkakan. yang penting kita ADA usaha untuk mencapainya. kita merancang, Allah yang Maha Menciptakan juga lebih Berkuasa untuk menentukan.
tiada putus asa, dengan peluang hari esok yang masih ada. insyaallah.
Sunday, November 9, 2008
SC=smart circle
Hadis matan arbain no 7, ad deen an naseehah
Maksud: drpd abu ruqayyah Tamim bin Aus, bhw Rasul saw bersabda : agama adalah nasihah, kami bertanya untuk siapa? Jawab baginda, untuk Allah, kitabnya, rasulnya, dan bg para imam imam muslimin n seluruh muslimin(selain imam-imam)
Nasihat:
Kalimah yg menggambarkan tentang perasaan inginkan kebaikan u (org) yg dinasihati
drpd hadis,
'untuk Allah' = membuat sesuatu kerana Allah, untuk Allah. [amar ma'ruf nahi munkar]
nasihat itu untuk kitab rasul, imam-imam muslimin=pemimpin, n seluruh muslimin...selain pemimpin, termasuk la kite semua...
nasihat yg besar hikmah dia, @mulia
1. adalah nasihat u org yg meminta nasihat
2. untuk sahabat yg tak de, maksud dia untuk jaga nama baik sahabat tu...
adab dia; bersemuka, bukan tempat ramai org, jaga gak nama baik org yg bakal terima nasihat tu.
so, sile2 la bg tegur n bg nasihat kalau ade ape2 silap ke.syukran(simple je)