[=baiki peti ais?]
tetiba pak cik yg selalu datang baiki peti ais datang tanpa dijemput.
katanya nak islah(baiki)...memang sejak dulu lagi peti ais tu tak habis2 nak kena baiki. tapi kali ni, tak de pulak mintak nak baiki.
tup tup pak cik tu keluarkan cat, dicatnya peti ais tu.dah tu pintu je pulak yg dicatnye?
'fi eh 'aiza islah?'
'di, ana islah da thallagah...'
ha? cat pun kire islah jugak ke?
yg rosaknya kat dalam, dicatnya kat luar?
'sesuatu yg rendah nilainya, hanya akan memuaskan yang sepadan dengannya.'
apa yg nampak jelas lawanya kat luar, tak semestinya menjadi pilihan yang dalam pemikirannya.
pendapatku, nanti peti ais tu dah nampak 'baru', diorang dah kira elok la tu...sama cam 'peti ais baru' la ni. banyak benda yang mungkin kita tertipu dengan indahnya 'benda' tu. bila lama diamati, jelas ape yang sebenarnya tersorok. sebab tu la, sebelum membuat pilihan untuk memilih dan menerima, seeloknya dan seharusnya difikirkan betul2. fikir masak2. apa yg nak dimasakkan pon xkesah la, asal keputusan tu adalah yg paling matang diambil oleh kita. (buah matang=buah yg masak?!)
oleh itu, sebelum dibuat keputusan juga,
1. kenal pasti pilihan yang ada.
KENAL- tahu apakah 'benda' itu sebenarnya, macam mana bentuk @ rupa,bab nak kenal pastikan kenal dari luar dan dalam. kalau tahu nama, kenal jugak macam mana boleh adanya ia, dari mana datang nya @ ape sejarahnya. untuk apa juga sebenarnya ia diadakan dan apa matlamatnya? dan mungkin juga apa yang membezakan ia dari pilihan yang lain.
2. jangkakan apa kesan daripada pilihan tersebut.
JANGKA- anadaikan apa yg dapat diperolehi daripada pilihan itu (kebaikan), atau mungkin apa2 kesan yg mungkin timbul(keburukan). pilihan yg terbaik mestilah yg banyak faedahnya, dan paling kurang masaalahnya.
3. membuat pilihan!
BUAT- jangan banyak persoalkan lagi, jika begitu tak kan jadi begini, kalau macam tu, tak akan ade yang ini...tapi fokuslah pada pilihan yg sudah dibuat. apa2 masalah yg timbul, hadapi dengan yakin bahawa ia sebenarnya mampu untuk ditanggani.
konsep dalam istikharah, selesai ditunaikan solat sunat istikharah dua rakaat, tak semestinye ditunggu 'mimpi yg membawa ilham', tapi memadailah dengan doa kepada Yang Maha Menciptakan, semoga pilihan itu adalah yg terbaik, seterusnya tawakal pada Yang Esa dengan pilihan itu.
persiapkan diri, dengan plan dan perancangan. walaupun plan tidak berjaya, tidak semestinya semua sudah berakhir. masih banyak lagi perangcangan baru yang lebih bagus tersedia untuk dirangkakan. yang penting kita ADA usaha untuk mencapainya. kita merancang, Allah yang Maha Menciptakan juga lebih Berkuasa untuk menentukan.
tiada putus asa, dengan peluang hari esok yang masih ada. insyaallah.
No comments:
Post a Comment