Wednesday, April 22, 2009

nasihat

Antara wasiat Pak Hassan:

• Janganlah banyak ketawa
kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu
sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah bercakap lebih nyaring
daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring
itu adalah perkara yang sia-sia,
malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang
dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui
kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.
Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya
dan ringkaskan pelaksanaannya...

No comments: