Thursday, June 11, 2009

solat hajat...

alhamdulillah sume berjalan lancar.
majlis solat hajat anok2 kelate
syukran jazilan diucapkan kepada Tuan Rumah,akak2 yg menjadi chef jemputan terjun~bidan terjun.
dan kpd semua yang hadir=)amdulillah
nk jemput sume pon xmmpu, so anok2 kelate ni la yg menjadi pilihan..

alhamdulillah yg tak terhingga juga,
semlm genap sy 21 tahun, walaupon ma msg bg ucapan dah 22thn..huhu.

ni sedikit petikan dr link yg sorg shbt bg(adik la, cz sy dah 21,haha)
syukran jazilan!

"Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, persoalan yang sering bermain di minda saya adalah, "selama aku hidup, apa yang telah aku lakukan???" "

...

Astagfirullahalazim.. Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1695


dan semalam juga, dapat satu berita buruk dr kaherah.
pelajar accident, dan sorg meninggal...
dr Allah kita datang, dan kpd Allah kita kembali...
al fatihah...

4 comments:

Unknown said...

Salam kelahiran ke 21, moga ianya menjadi taujihat untuk trus mengukuhkan jeehad, serta inzar menempuh hari depan dengan penuh rasa kehambaan. All da best, meniti hari.. Moga dirahmati ALLAH sentiasa.

-Ulumcordova

saadahzaimi said...

when you're born, the people smiling & you're crying, make sure that when you die, the people crying and you smiling!
mardhatillah ,perjalanan yg pasti

Cik Awan Butirstar said...

salam kelahiran.
Al-Fatihah kepada sahabat yang meninggal..

Unknown said...

Ya, fahami dan hayati kata-kata Ayahanda HAMKA.Menjadikan kita sentiasa ingat untuk sentiasa membuat diri senyum dan org lain senyum. MemBERI semaksima mungkin!