Wednesday, July 29, 2009

foward msg...lame xupdate

Pernah satu ketika,
sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat,
tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W.

Para sahabat gelisah melihat
sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W.

Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar,
Baginda mengatakan bahawa Baginda
terlalu merindui umatnya di akhir zaman
yang disebut-sebut sebagai ikhwannya.

Para sahabat merasa iri hati
hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya,
"Bukankah kami ini ikhwanmu?
Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku"
kata Rasulullah S.A.W.

Ikhwanku itu,
menurut Rasulullah S.A.W
adalah mereka yang belum pernah melihatku,
tetapi mereka beriman dan mencintaiku.
Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"



Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain,
lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.
Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,

lalu malaikat itu pun bertanya :
”Saudara mahu ke mana ?”

Lelaki itu menjawab:
“Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .”

Malaikat itu bertanya lagi :
”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?:"

lalu lelaki itu menjawab :
”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu
kerana Allah.”

Lalu malaikat menjawab :
”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu
bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”

(Rowahu Muslim)

sebelum balik n dah sampai malaysia nnt blh la ringan2kan diri menziarah kwn n shbt.
kukuhkan ukhwah yg terjalin..

semoga diberkati.

No comments: