release n relax
12-1-2008
habis exam histo,alhamdulillah.
Histo praktikal sama macam dapat markah percuma...
saya balik dengan dia,seronoknya!
dah keluar asap dari mulut jgk la...
haha seronokny..dan sangat sejuk!
Sampai Gam'ah, saya ikut arah kaki berjalan.
sedar-sedar dah sampai ke Camp Shezar
tengok-tengok orang,
pak cik tua Arab yang membasuh kedainya,
pak cik muda Arab yang menghisap syisya,
syabab yang ke sana dah ke sini,
macam-macam ragam.
masuk saidiliyyah
mm..teringat nak beli syampoo..
intai.
Intai.
Ada syampoo sun silk je.
Tak nak la.
Saya teringat dulu pernah baca artikel berkaitan dengan peribadi seseorang dari rambutnya.
Dari pemerhatian saya…ada betulnya juga.
Rmbt lurus, degil..rambut lembut, lembut dan mudah mendengar kata orangnya.
Jadi,
teknik rebonding sama macam nak membentuk seseorang yang degil ke?
Teknik nak kerintingkan rambut nak membentuk seseorang yang lurus bendul ke?
Kalau macam tu senang la nanti yahudi kuffar tu nak meneruskan perang saraf ke atas umat islam…na'uzubillah.
Haha…[kenapa saya nak gelak?sikap main-main masih ada lagi kot…saya dah
20 tahun la]
Islam kan tidak membenarkan manusia mengubah bentuk asal ciptaan Allah, kecuali untuk tujuan kesihatan dan kepentingan lain.sama-sama la fikirkan.
Tapi kalau dari awal rambut lurus atau kerinting buat apa-apa pun tak akan kekal juga.
Lurus atau kerinting tu ade nilainya sendiri.
Ia menuntut untuk kita berfikir dan bersyukur.
(pemerhatian saye je, tiada bukti dari mana-mana pihak lagi..tapi akhir-akhir ini rambut saya terasa agak keras..dah jadi degil ke?hmm…ada juga rasa begitu...degil...tapi baru-baru ini saya inai rambut..sebab inai tu kot.hehe)
Kemudian,
Saya masuk satu lorong,
tak pernah jalan sampai sini
saya intai kedai pak cik perabot,
kacau arnab pak cik jual ayam
sampai Port Saied Street,
Nampak laut,
Subhanallah, tenangnya.
Nak pergi.kejap je
nak jalan-jalan…
tak nak lintas jalan besar pun…
jalan dari seberang sini pun cukup.
tp…
Nampak laut tu sangat menarik.
nak pergi jugak!
Kebetulan saya keluar dari lorong berdekatan dengan nafa'
(terowong bawah jalan untuk melintas jalan besar)
Pak cik jaga nafa' yang tertidur,
Pak cik jaga nafa' yang sentiasa murah dengan senyuman.
Akhirnya, jalan tepi laut!
Saya nampak banyak kucing.
Kucing-kucing malu
Semua melarikan diri apabila saya mendekatinya,
tengok laut…
tengok ombak…
saya tengok,
teliti,
ombak yang menghempas batu,
cari titisan air yang paling tinggi.
Naik
naik.
Sampai satu tahap ia jatuh kembali bersama titisan-titisan air yang lain.
Ombak lagi,
Sama.
Tak pernah jemu.
Saya jalan lagi,
lihat laut,
lihat ombak…
kali ini ombak itu tidak menghempas batu-batu,
tapi ia mengalir di atas dan celah-celah batu.
Berulang.
Saya teringat.
Dakwah juga banyak uslubnya.
lembut dah keras.
Bergantung pada penerimaan mad'u
Semuanya memerlukan usaha yang
gigih,
berterusan,
berulang-ulang.
Tanpa jemu,
Untuk membuahkan hasil.
Kita cuba membentuk,
Bentuknya dari Allah jua.
Doakanlah semoga ibadah dan usaha diterimaNya.
Ombak dan air
Air yang membentuk batu.
Setitik,
Setitik,
Hanya setitik,
Dan berterusan.
Iakan berhasil.
Saya jalan lagi
Kali ini saya nampak seorang pak cik berjambang,
Sebuah kitab dikiliknya.
Didepannya sepasang remaja,
Nisa'nya lengkap bertudung,
Syababnya kemas bergaya.
Saya nampak pak cik tersebut sedang menyampaikan sesuatu kepada pasangan itu.
Saya terfikir,
Pak cik tersebut sedang menegur pasangan tersebut ke?
Eh..saadah tak baik suu' dzan..
Mana lah tahu kalau-kalau pasangan itu ada pertalian yang sah.
Saya teringin sekali cuba mendengar perbualan mereka.
Agak lama.
Tak dapat butir percakapannya,
Tapi nada seperti menasihati.
Isy..tak elok.
Curi-curi dengar perbualan orang
Kalau dengar pun belum tentu saya faham
Ammiah mesir.
mmm..
(al asr,3: kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
al balad,17: kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
.p/s isnin nie saya ade imtihan syafawi hafazan juz 'amma,doakan saya)
Saya jalan lagi.
Nampak kumpulan- kumpulan pemancing ikan,
Saya selisih dengan
Kucing-kucing malu
Kucing-kucing yang melarikan diri apabila saya mendekatinya.
Eh..kenapa saya nak mendekati kucing-kucing itu?
Kucing-kucing tu comel.
Bulu-bulunya gebu meremang, menahan sejuk musim syita'(winter) barangkali.
Ditambah dengan gaya manjanya yang menarik perhatian,
Geramnya.
Saya nak usap-usap dan peluk kucing-kucing itu.
Tiba-tiba saya terfikir lagi,
Kenapa anak-anak teruna suka mengganggu anak-anak dara ya?
Sebab,
Geramnya.
Anak-anak dara itu comel.
Kulit-kulitnya gebu terdedah, menahan panas di musim siff(summer) barangkali.
Anak-anak teruna geram melihat kulit-kulit gebu itu.
Saya geram, kenapa anak-anak dara itu tidak menutup aurat mereka.
Saya jalan lagi,
nampak pasangan ayah dan syababnya,
tenang dah khusyuk mereka mengail ikan.
Bila dapat seekor ikan kecil,
Si ayah membalingnya kepada kucing-kucing yang berkeliaran di sekelilingnya.
Kail dilabuhkan lagi,
Kucing dapat habuan lagi.
Seronoknya!
Tiba-tiba,
syabab itu dah nampak dan perasan saya memerhatikan mereka,
mereka pun kelihatan berkemas-kemas ingin beredar.
saya kena beredar.
Semoga Allah memberkati mereka.
Yang penting saya sendiri release dan relax.
Ciptaan Allah memang banyak rahsia.
Semoga hati saya terus terbuka dan dibuka untuk menerima cahayanya.
Amin….
Fikir
Fikir lagi!
Ma'akunna an najah!
insyaallah