Saturday, March 15, 2008

malaikat dan bidadari syurga

salam senyuman buat siswi....
dalam post yang sebelum ini saya tidak melengkapkan kisah syurga yang diceritakan dalam kisah yang besar, an naba'.
ayat yang saya asingkan khas buat siswi-siswi...
an naba' ayat 33...ringkas dan pendek sahaja ayatnya...
"Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya"

inilah ayat-ayat al quran mukjizat teragung nabi kita Muhammad S.A.W...

selawat dan salam ke atas junjungan baginda...

kenapa dengan ayat ini?

ringkasnya, digambarkan perawan-perawan tersebut sebagai bidadari syurga...yang tidak pernah didentuh oleh seseorang pun, dan sentiasa muda...Al-quran juga menjelas kan, bidadari syurga ini bersifat dengan menunudukkan pandangan.


"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin"

betapa sucinya gadis-gadis idaman jejaka, mungkin.

bukankah ia ciri-ciri wanita solehah?

menundukkan mereka membatasi pandangan, tidak memandang benda yang tidak halal baginya, tidak mengulangi pandangan kedua.bagaimana anda?

tidakkah ciri-ciri bidadari syurga itu sama seolah ciri-ciri wanita muslimah?

adakah anda tergolong didalam segelintir yang menganggap pandangan pertama adalah rezeki, jadi apa salahnya jika memandang dan me'nikmat'i rezeki pandangan pertama?

adakah anda tergolong dalam segolongan yang menilai menundukkan pandangan sehingga nanti terlanggar tiang?

sedarlah saudariku, islam adalah sederhana...setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah rahmat...namun rahmat itulah yang sering hilang dari orang mukmin...carilah mutiara-mutiara yang hilang, gilaplah dengan ilmu. sesuatu perkara menjadi sukar apabila dinilai dari minda 'wanita dan perasaan'.

2 comments:

Izyani Rosley said...

sesuatu perkara menjadi sukar apabila dinilai dari minda 'wanita dan perasaan'.

then, cmne nak mudahkan perkara tu?

saadahzaimi said...

biasakan yang betul..kekadang susah nak ubah menda2 yg dah biasa.
n tak ramai buat ikut ape yg dia tahu, sebab ikut ape yg dia rase nak.