Thursday, April 10, 2008

jom boikot barang2 israel.





Awal-awal waktu ketibaan saya di Mesir, antara pelajaran pertama dari senior2 saya:

"JOM BOIKOT BARANG2 ISRAEL!"

Tak leh makan Doritos, muqata'ah…elok skit kalau beli masrawi…air mineral nestle,domino… tak yah beli la…ada yg xmuqata'ah…coklat Cadbury?galaxsi pun sedap jugak kan, beli galaxsi la, lagi baik…keluaran Mesir.dan lain-lain.
kat dalam tram banyak tampal stiker2 mengajak boikot barang2 israel..saya tau je dan sedar perihal ini dari Malaysia lagi, tapi saya tidaklah begitu bersungguh-sungguh untuk memboikot dan mengajak kawan-kawan sama memboikot…sekadar untuk diri sendiri, dengan tidak membeli barang-barang boikot,untuk menyeru orang lain secara tidak langsung, mungkin.

Baru-baru ini saya diminta untuk memberi komen pandangan,dan cara untuk boikot dalam survey yang dibuatnya.alamak, nak cakap ape?
Saya masih pasif dalam bab nie..apabila diminta untuk berfikir tentang hal tersebut, saya mengambil masa agak lama…dan maaf ye, nampak macam non-supportive, tapi saya belum bersedia untuk share apa yang bermain difikiran. Pasif, banyak lagi hal lain yang saya masih bersikap pasif terhadapnya.saya perlu berubah.
(p/s: tapi galaksi pun kemungkinan kena boikot jugak. Ye ke?
Ade sesiapa boleh bagi pengesahan?
Saya nak makan coklat ape nnt?
Nak makan coklat…)


terbaru, isu Geert Wilder dan boikot Belanda pula. saya membaca pelbagai pandangan terhadap isu ini. dan doa saya harap kita semua dilindungi dari mana agenda kafir yang lain. lanjut boleh baca dalam saifulislam.com

menyentuh hati dan sebuah kesedaran, Palestin Day anjuran UPI Alex,


pameran-pameran dan biodata tokoh pejuang Palestin di paparkan.


paling menarik bagi saya penjelasan oleh AJK, tentang agenda-agenda Israel, antaranya:


1. nasionalisme


2.hedonisme


3.kelab rotari


4.hak sama rata...dan banyak lagi.





Balik isu pasal boikot, seorang AJK menyentuh isu makanan. sedar tak sedar sepanjang dua tahun kami disini, sangat banyak perubahan yang berlaku di Mesir ni sebenarnya. menurut senior, semasa mereka di tahun 2 @ 3, tidak banyak makanan ringan yang ada disini. tapi sekarang pelbagai jenis, warna, rasa dan bentuk ada. dan perubahannya pula agak cepat.


kenapa begitu ya?


balik je dari kuliah, bersesak-sesak di dalam tram, pasti ada mahasiswi/a mengunyah apa-apa jenis junk food. Doritos, masrawi, tiger, bake roll. apa-apa lah...bagi pelajar Tibb, semua sedia maklum, di dalamnya pelbagai jenis pengawet ada. MSD, pewarna. dan tahu kesannya, diabetes, cancer...


Agaknya isu makanan ringan pun boleh dimasukkan dalam senarai agenda Israel, mane


tidaknya, kesan jangka panjangnya sangat hebat. saiz bentuk badan yang semakin kecil dan lemah kerana makanan tidak berkhasiat.kemungkinan untuk mendapat penyakit juga bertambah.lama-kelamaan daya ingatan boleh berkurang. tidakkah ia semakin melemahkan?

lebih menyengat hati, minggu lepas saya baru saja membeli daging burger, esoknya dalam kuliah patho, Dr. Susan.


"if you are asked about couses for intestinal cancer, your answer is only 'A HAMBURGER' all is complete in a hamburger.why?

1. low content of unabsorable vegetable fibre.

2. high content refined CHO,lead to decrease stool bulk

3. high fat content

4. decrease intake of vitamin A, C and E which may act as oxygen radical scavenger."

"if you want it to be more tasty, add another slice of cheese, which is more fat."


jadi apakah perasaan anda?

peranan anda?



















saya dan sahabat saya, effa buat perjanjian. kali ini kami sama-sama akan saling menasihati untuk mengurangkan dan mengelakkan makan makanan yang tidak menyihatkan, dan sama-sama boikot


betulkan yang biasa, biasakan yang betul. insyaallah, Allah memberi petunjuk.

No comments: