Sunday, April 20, 2008

19 hadis rasulullah s.a.w. mengenai wanita

1.doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w, akan hal tersebut, jawab Baginda,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

3.apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
4. apabila seseorang perempuan melahirkan anak keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.apabila semalaman ibu tidak tidur untuk memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8.barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barangsiapa yang menyukakan anak-anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000tahun)

10. perempuan apabila solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu yang dikehendakinya.

11. wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Baginda, "Suaminya."."Siapa pula yang lebih berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya"

13.apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
15. wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

16. syurga di bawah tapak kaki ibu.

17. wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi) di dalam syurga.
18. barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan selama pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takut serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah Radiallah hu'anhu:
"Barangsiapa yang diuji sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi pengahalang baginya daripada api neraka.

2 comments:

saadahzaimi said...

rindu kat ma..selamat hari lahir ma.sayang ma!

Anonymous said...

Hadis siapakah lebih benar? Allah atau manusia, jangan sembah IDOLA
Kalau kamu mengikuti kebanyakan manusia kamu akan di sesatkan dan yang mengikuti Quran hanya sedikit.Ini adalah kata-kata Allah di Quran. Renung-renungkanlah semoga kita hanya Sembah Tuhan Sahaja Dia tiada sekutu.

http://www.submission.org/indonesia/